Siapa sangka hanya bermula dengan memperkenalkan hashtag #bazaarpaknil di laman sosial sejak empat tahun lalu, kini pemilik nama, Datuk Aznil Hj Nawawi membuka ruang tersebut secara realiti.
Bukan sekadar di laman sosial lagi, kini anda boleh berkunjung ke premis Bazaar Paknil yang terletak di Tempat Orang Lokal, Kompleks PKNS,Shah Alam. Di sini, Paknil membuka ruang perniagaan kepada peniaga online untuk menjual barangan mereka dan sehingga kini terdapat 35 vendor yang bertapak di sini. "Sebenarnya ia bermula selepas saya dihujani banyak komen daripada peniaga online yang menjual dan mempromosi barang mereka di laman sosial saya. "Bila sudah terlalu banyak, saya muncul dengan idea mencipta hashtag #bazaarpaknil. Jadi sesiapa yang mahu berniaga atau mempromosikan barangan mereka boleh menggunakan hashtag tersebut.
"Kini sudah empat tahun hashtag itu dipernekalkan saya tidak sangka bila ia telah mencecah hampir 15 juta muat naik daripada peniaga. "Melihat kepercayaan peniaga online ke atas hashtag itu di media sosial, saya terpanggil untuk membuka ruang perniagaan buat peniaga meraih keuntungan berniaga secara fizikal di bawah jenama Bazaar Paknil," katanya kepada Astro Gempak. Menariknya lagi, bazaar itu turut disertai personaliti tanah air yang lain seperti Neelofa, Zain Saidin, Hatta Dolmat dan Altimet. - CARI |
13
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
19
Sedih |
23
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pichee replied at 11-4-2017 08:45 AM
Brape % die ambik?
CrowneGlory replied at 11-4-2017 10:49 AM
somehow akak jijiks tgk dia ni...
Aduradura replied at 11-4-2017 11:20 AM
Dulu TOL ni sendu jaaaa...taktaula kalau paknil dah masuk boleh jd havoc
ADVERTISEMENT