CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Cukup Tempat, Syarikat Penerbangan Seret Penumpang Keluar Sampai Berdarah

11-4-2017 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15009| Komen: 184|Original author: Oleh: Myra Rozi

Malang sungguh nasib seorang doktor apabila dikasari sampai mulutnya berdarah ketika dipaksa meninggalkan pesawat yang dinaikinya.

Dalam rakaman yang menjadi tular di laman sosial ini, dapat dilihat dengan jelas tindakan polis Lapangan Terbang Chicago menarik lelaki berusia 69 tahun itu untuk keluar dari pesawat United Airlines.

Mukanya cedera akibat terhantuk pada lengan kerusi semasa diheret dan ini menimbulkan kekecohan penumpang lain yang menyaksikan kejadian itu.



Menurut Daily Mail, lelaki malang berketurunan Cina itu dipaksa keluar bagi memberi tempat kepada empat kakitangan syarikat penerbangan itu yang perlu ke Louisville, Kentucky, dengan segera.

Difahamkan sebelum itu, krew pesawat berkenaan telah membuat pengumuman agar sesiapa pun di antara penumpang dapat memberikan tempat duduk mereka secara sukarela.



Berikutan tiada siapa yang sanggup, maka syarikat berkenaan terpaksa memilih secara rawak. Disebabkan keengganan lelaki berkenaan, dia dimalukan dengan teruk sekali seolah-olah dihalau dari pesawat tersebut.

Netizen yang melihat rakaman video tular tersebut marah dengan tindakan tidak wajar yang telah dilakukan syarikat penerbangan terbabit.


Buat pengetahuan, syarikat penerbangan boleh menjual tiket melebihi jumlah tempat duduk pesawat disebabkan kegagalan sesetengan penumpang yang tidak dapat datang.

Namun jika terjadi penumpang berlebihan seperti ini, siapa yang mahu mengalah? -CARI
10

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 11-4-2017 03:53 PM
bodo punye airline...geram aku
Quote zameyla 11-4-2017 03:54 PM
Nak tarik penumpang muda takut kena belasah balik, tu yg tarik penumpang tua kot..
Quote nour2001 11-4-2017 03:55 PM
Dari volunteer jadi paksaan pulak..sila boikot united airline..
Quote liesl 11-4-2017 03:58 PM
#boycottunited
Quote namirulmukminin 11-4-2017 04:00 PM
Ni ke nagara yang bertamadun sangat tu?
Quote ~boolean 11-4-2017 04:01 PM
tak boikot sebab tak pernah naik pun

lihatlah kesyumulan ummah barat yang menjadi pujaan warga cari.
syumulnya layanan mereka kepada asian
Quote mieymiey 11-4-2017 04:18 PM
Bongoknya lahai
Quote Thuglife 11-4-2017 04:18 PM
aku rs cm TT pun bengong.. Syarikat penerbangan takkan jual tiket lebih daripada penumpang.. passengger boleh beli open tiket yg bermaksud boleh masuk mana2 flight yg kosong or passengger 'no show'..

TT bayangkan kalo betol mcm yg tt cakap..jual lebih dr tempat duduk..habis tu sapa nk mengalah..ke naik jer? sedangkan seat no dh ada.. nie lebih kepada kononnya emergency case utk staff dorng..tp sememangnya x boleh buat pun.. doc tu boleh saman syarikat tu..
Quote cewekbopot 11-4-2017 04:19 PM
kebiadaban di situ
Quote umbut 11-4-2017 04:24 PM
Bagi dia dok kat tepi toilet x leh?
Quote Otaku85 11-4-2017 04:25 PM
Saman sampai kering
Quote miemiecha 11-4-2017 04:29 PM
boleh saman x kalau kes camni...
klau boleh saman kan aje, mek marah sbb dia siap tarik smpai berdarah org tua tu.. xkira lah bangsa or agama ape,, mek marah nih!!!
Quote tripleid 11-4-2017 04:29 PM
dlm ramai2 manusia dlm tu,ujung2 leluhur prc jgk yg kena rijek.
Quote batmana 11-4-2017 04:35 PM
kompeni ni tkde kapaltebang lain ka
sengkek benar
Quote red_mist 11-4-2017 04:37 PM
Kejam giler
Quote BoongaKertas 11-4-2017 04:37 PM
kesian meols tgk pakcik tu (DR okeh!)
meols terimagine apak meols yg tua diperlakukan sedemikian
Quote red_mist 11-4-2017 04:39 PM
Ada terbaca yang lelaki tu doktor.. ada bgtau yg dia bertugas esok. Tp crew tak peduli pun tetap bertegas
Boleh je minta org lain kot
Quote alieyrina 11-4-2017 04:40 PM
Kenapa kejam sgt..saman smpai tggai spender!
Quote nononcrux 11-4-2017 04:40 PM
mohon meletop diangkasa

Lihat semua komen(184)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.141649 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top