CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pulau Ini Didiami Ular Jinak, Dikatakan Mampu Menghilangkan Stres

12-4-2017 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10557| Komen: 46|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sebut sahaja ular pasti kebanyakan dari kita sudah meremang bulu roma, bukan?

Nanti dulu, jangan lari ketakutan kerana spesies ular yang satu ini bukan sahaja dapat dibelai malah boleh beramah mesra dengannya.

Ya, kalau anda seorang yang berani dan mahu mencabar diri, kunjungilah Pulau Ular yang terletak di Desa Pai, Nusa Tenggara Barat Indonesia ini.

Foto: IG Awhendrawan

Pulau ini terletak di antara Pulau Gilibanta dan Tolowamba. Terkenal sebagai destinasi kunjungan pelancong dari seluruh dunia, tempat ini menawarkan pengalaman yang cukup berbeza dari tempat lain.

Ia merupakan habitat bagi ular laut yang unik berwarna campuran perak dan hitam berkilat. Spesies ular yang dipanggil Laticauda colubrina ini sangat mempesonakan bila terkena cahaya matahari.



Foto: IG Awhendrawan

Ajaibnya ular-ular di sini umpama rakan karib manusia kerana pengunjung boleh bermain-main dengannya. Kalungkan sahaja ular di leher, ular-ular di sini sangat jinak kerana tidak akan menggigit atau membelit.

Ada pengunjung yang pernah datang ke sini menyatakan dia sangat tenang apabila dapat  bermain dengan haiwan reptilia tersebut.

Menurut cerita penduduk tempatan, di sebalik keunikan tersebut, ada satu mitos mengenainya. Pengunjung tidak dibenarkan membawa ular tersebut keluar dari pulau dan sesiapa yang mengingkarinya akan ditimpa musibah.



Foto: Dunia Uni
Hanya terletak 45 minit dari Kota Bima, pengunjung boleh menaiki kenderaan darat untuk ke sini. Selepas sampai di Desa Wera, ada perahu yang disediakan untuk pengunjung naik menuju terus ke Pulau Ular.

Foto: IG Awhendrawan
Jadi bagaimana, ada sesiapa yang berani mahu pergi ke sana? -CARI
15

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 12-4-2017 04:53 PM
arwah peYno dulu semadi di pulau ular tanpa sempat wasiatkan akaun cariforum
Quote mirandanicky1 12-4-2017 04:55 PM
Aduh aku makin stress klu g pulau ni..takut ularr
Quote kikuri 12-4-2017 04:56 PM
memang tak la aku pegi pulau ni... lain la kalo ade kucing ke arnab ke
Quote MissVixen 12-4-2017 05:25 PM
Tetiba ular ni menggila dan gigit. Dah la banyak. lepas tu kena seret plak dengan biawak komodo besar.
Quote Artemesiaa 12-4-2017 05:44 PM
Tak minat le nak gi tempat cam tu
Quote myakayina 12-4-2017 05:53 PM
meremang satu badan aih..   mmg takkan ku jejak tempat ni..
Quote siskepoh 12-4-2017 06:36 PM
buang tebiat ke apae men ular
Quote Leo_Gurlz 12-4-2017 07:12 PM
Jinak sekaliponn tak sanggup aku. geliii
Quote DeeHanania 12-4-2017 07:51 PM
Aadduuhh...seram yer
Quote merrissa 12-4-2017 08:24 PM
jangan jadi mcm pakcik india tuh udah....mati di patuk ketika nk lilit kan ular kt tngkuk utk bergambar

tp ni bukn ulr tedung...cume tkot kene gigit je la
Quote ayuniaa 12-4-2017 11:15 PM
Seram weii :zz
Quote kuzaime 12-4-2017 11:21 PM
Kalau dibagi pilihan, bercuti kt tmpat ni ngan smua kos ditanggung dgn duduk diam2 aje Kat umah, x payah nk pikir pnjang terus pilih duduk diam2 aje kt umah sudah..
Quote hdon 12-4-2017 11:27 PM
Geli lak tgk ular byk2 tu

Peminat ular mesti suka ke situ
Quote umbut 13-4-2017 12:26 AM
Dah kenapa nak bercuti ngan ular geli....
Quote nisako 13-4-2017 08:55 AM
geli wei... eeeee
Quote chinta89 13-4-2017 09:49 AM
wah.. ade mitos. ade bukti sape yg penah bawak ular ni keluar, jadi tragedi?
Quote JeepersCreepers 13-4-2017 10:14 AM
Ni bukan hilangkan stress...semakin stress adooo
Quote obical 13-4-2017 10:19 AM
Geli.

Quote zafira 13-4-2017 10:23 AM
eeeiiiii...idoklah akak nak ke tempat macam ni.. suweyyyy....

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top