CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Aku Benci Uptown Danau Kota Tahap Langit Ke Tujuh" - Lelaki Berang Kereta Dicalar Peniaga

13-4-2017 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19731| Komen: 60|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Seorang lelaki mula hilang sabar dan meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir peniaga uptown Danau Kota yang bertindak ala samseng.

Lelaki yang tidak mahu identitinya didedahkan itu tidak menyangka segelintir peniaga tergamak merosakkan keretanya hanya kerana parkir di tapak niaga di uptown tersebut. 

Luahan mangsa yang dikongsikan di halaman Facebook Orang Wangsa Maju mula tular di media sosial dan menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen.


Dapat dalam inbox...

Aku benci Uptown Danau Kota. Benci tahap langit ke tujuh. Aku memang dari awal tidak berkenaan dengan Uptown, tetapi bila sudah jadi macam ini, aku sudah tidak boleh sabar lagi. Ini sudah melampau. 

Kalau korang tidak tahu, kawasan Uptwon ini merupakan kawasan lot kedai dan lot pejabat lama. Senang cakap, banyak orang lama yang tinggal di sini. 10 hingga 30 tahun punya cerita.

Bila Uptown muncul, awal-awal masih okay lagi. Tapi lama-lama, KO. Bagi angin satu badan saja. Tapak lot sudah diberikan, korang buka gerai korang di situ saja tidak boleh kah? Ini tidak, pasang sampai ke tempat letak kereta, lepas itu korang angin orang parkir kat situ. Korang pecahkan, calarkan, patahkan kereta milik orang lain. Apa kes? 


Kononnya, Uptown ditubuhkan bagi membantu orang Melayu berniaga mencari duit lebih. Ini macam tolong ajar jadi samseng saja. Kalaulah kereta itu kacau tempat kau berniaga, setakat letak notis beritahu, tidak boleh kah? 

Ini baraikan kereta orang apahal? Bukannya kita orang letak kereta berbulan-bulan pun. Mahu ribu riban duit kena keluar mahu baik pulih. Mahu minta korang duit? Memang haramlah. Korang pasti tiada duit, tu berniaga macam samseng neraka.

Semoga korang mereput dengan bisnes korang. Ini bukan kereta pertama yang korang buat. Banyak lagi kes yang terjadi sebelum-sebelum ini. Betul, korang pasti akan cakap, bukan semua peniaga samseng atau blablabla. tetapi berniaga biarlah beradab.


Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa.


Rata-rata netizen mengecam tindakan pelaku itu dan segelintir netizen yang lain pula menyarankan agar tapak perniagaan itu segera ditutup kerana sering menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Apapun alasan pelaku itu, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan  pihak pengurusan uptown berkenaan perlu memandang serius tentang kes ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. - CARI


4

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-4-2017 12:41 PM
nak berniaga tp perangai samseng mmg keji!
Quote cheergirlz 13-4-2017 12:53 PM
uptown nie mmg sesak..mcm2 org n perangai..
Quote AbukRokok 13-4-2017 12:53 PM
jopm boikot uptown...xmampus pun klu xpegi
aku sdri pun bertahun xpergi dah

benda2 tu pun ko bloeh jumpa kat psar malam je
Quote jiwarasa 13-4-2017 12:57 PM
AbukRokok replied at 13-4-2017 12:53 PM
jopm boikot uptown...xmampus pun klu xpegi
aku sdri pun bertahun xpergi dah



harga baju seluar pun dah nak sama butik. awal2 penubuhan je murah




Quote palmolive 13-4-2017 01:20 PM
dah lama tak gi uptown danau kota nie..
nak parking pun kena pau..malas la..parking atas divider yg ada rumput tu pun kena pau..
Quote LeckaLempicka 13-4-2017 01:43 PM
Teringin aku nk tau samseng tu berniaga apa. Hihi
Quote milanhawkin 13-4-2017 02:05 PM
x suka uptown. barang mahal sgt compared to sesetengah tempat. bukannya branded pun nk letak mahal2. hmmm
Quote myakayina 13-4-2017 02:08 PM
samseng nya ko..setakat meniaga kat uptown jah..
Quote fulusss 13-4-2017 02:09 PM
segala mak nenek uptown Ai tak penah jejak..
Quote AyaqMeloSuam 13-4-2017 02:14 PM
Ceq suka Uptown Puchong Utama jer... stakat ni uptown yg agk sistematik dr kedai hingga ke parking lot...
Quote romeor 13-4-2017 02:14 PM
Boikot :::
Quote kentel 13-4-2017 02:15 PM
TUTUP UPTOWN DANAU KOTA!!!!! TUTUP!!!!
Quote framecermin 13-4-2017 02:22 PM
Barang mahal.. minta kurangkan harga sikit pun tak bagi
Quote paz 13-4-2017 02:26 PM
Elok sangat tutup, kadang-kadang peniaga yang pernagai tak senonoh ni lagi buat orang menyampah nak pergi.
Quote emmet_23 13-4-2017 02:41 PM
perbuatan  mencerminkan peribadi. Itu sajo.
Quote Artemesiaa 13-4-2017 02:52 PM
Kalau area ada uptown tu elok le elak parking kat situ.  Memang macam gengster je perilaku dia orang bila kita lambat nak ubah keta, pada hal lambat je lagi masa nak mula berniaga
Quote taji2906 13-4-2017 03:02 PM
barang mahal, ciplak gred dabel A la, triple A la.. ehh.. ehh, tetap mahal.. beli online ori pun boleh dapat lg murah..
Quote vanillaninja 13-4-2017 03:03 PM
I pernah pergi Uptown ni sekali je seumur hidup. Tak tau apa yang menariknya.
Quote jfq 13-4-2017 03:17 PM
Jual benda sama aje tshirt kasut socks

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.098361 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top