CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudah Ajal, Budak 4 Tahun Jatuh Tingkat 17

16-4-2017 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7154| Komen: 54

Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat 17 kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, kira-kira jam 5.46 pagi tadi.



Menurut laporan BH Online, dalam kejadian pagi itu, mangsa dijaga datuk dan neneknya sementara ibu bapanya menjaga kakaknya yang akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipercayai terjatuh ketika memanjat kerusi di balkoni kediaman mereka dan meninggal sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman yang mengesahkan kejadian berkata pemeriksaan awal polis di lokasi kejadian mendapati pintu pada balkoni berkenaan dalam keadaan terbuka.


"Ada dua kerusi di balkoni, dipercayai digunakan mangsa untuk memanjat besi sebelum terjatuh. 

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. - CARI
13

Bagus
15

Marah
25

Terkejut
26

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku.semut.merah 16-4-2017 02:04 PM
Al Fatihah. Takziah. Camne la cuai sgt
Quote nurul_akmar 16-4-2017 02:09 PM
xsangka... kakak yg masuk operation, adik pergi dulu..
Quote jerukkedondong 16-4-2017 02:51 PM
Takziah....tak boleh nak salah kn sesiapa...
Mungkin atuk dn  nenek yg menjaga tu pun dah kurang tenaga...agak berusia...
Quote saladin780 16-4-2017 02:58 PM
kesiannya...takziah utk keluarga
Quote Keledek.kepam 16-4-2017 02:58 PM
Takziah. Atuk nenek mesti terkejut and salahkan diri sendiri nnt. Sian hmm :/
Quote vanillaninja 16-4-2017 03:04 PM
Innalillah, takziah pada family. Umur tengah lasak, kalau terlepas pandangan sekejap memang likely to happen la kejadian2 macam ni.
Quote insulin 16-4-2017 03:11 PM
Takziah. Sangat menyedihkan..
Quote akusukaq 16-4-2017 03:33 PM
pintu iron grill kat valkoni tak payah lah dibiar tak berkunci. memang bahaya bagi budak budak.ini semua sikap ambil mudah dr parent.
Quote ajinomotonosuga 16-4-2017 03:41 PM
Dah ajal, berkalau kalau sme tu makna tak redha

Nk usaha terbaik tok nenek dah tuaaaa, takat mana je kudrat nk kejo the little devil

Bersih dosa pun, masok sorga teruihh, puji Allah swt jek toksah berandaian, daun kayu pun tak sempat cekelat n gugur, gugur di cantas manusia or kambing , nk kata apa
Napa kita jarang sangat ajar diri jadi.redha?  Asikkkkkk nk cari salah, seolah tuhan tu buta or tak tahu, mende camni sme patut sedorkan.yg kita ni tadak apa.kuasa, hamba hinaa walo.pakai tudung ariana n beg gucci
Quote Laracinta 16-4-2017 03:46 PM
sedih dengan cara adik ni meninggal, tapi tak siapa tahu bagaimana dan bila ajal menjemput
Quote dubuk 16-4-2017 03:54 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote Deidra 16-4-2017 03:56 PM
Inna lillahi wa inna ilaihirojiun...

Tingkat 17 tuu..meruyuuuppp la jatuhnya.aku pula terasa gayat

Al-fatihah buatmu dik
Quote raihaneem 16-4-2017 04:08 PM
Adik ni dah smpai syurga....4 tahun mmg tgh melasak.
Bgun tido terus main...klau jenis diam, mmg tak perasan..klau tak jatuh, mgkin main dlm bilik air, dapor..

Takziah buat famili adik ni
Quote chinta89 16-4-2017 04:33 PM
takziah.. kesiannya.. Sorang anak di wad nk bedah sorang temui ajal.
Quote moocoww 16-4-2017 05:30 PM
Takziah.
Tentu nenek dan datuk rasa bersalah seumur hidup mereka..
Quote ahd_naa 16-4-2017 07:10 PM
Takziah utk keluarga ni..moga dimudahkan urusan.
Quote matchstick 16-4-2017 07:14 PM
Awalnya budak ni bangun tdo. Pandai dh buka sdiri pintu balkoni. Ke mmg mlm2 pun x kunci
Quote FanTasyCreaTioN 16-4-2017 07:20 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun..

kesian atok nek .. mesti trauma dan mesti rasa kesal

cuma .. kenapa siap ada 2 kerusi kat balkoni .. tingkat 17 lagi tu ..agak bahaya untuk yang ada anak kecik seusia tu

Quote lasagnaklcc 16-4-2017 07:21 PM
Terjaga awal tercari2 mak ayah dia kot. Siannya...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.146786 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top