Bertempat di bandar Jicin, utara Republik Czech, sepasang ibu dan anak perempuan terperangkap dalam sauna selama 90 minit akibat pemegang pintu tertanggal, kedua-dua mangsa didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian setelah pasukan penyelamat memecah masuk ke dalam bilik tersebut.
Kejadian yang berlaku pada petang Sabtu lalu, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 65 tahun dan 45 tahun itu dikatakan sedang menikmati sauna di premis milik rakan mereka dalam sebuah taman. "Pemilik menganggap kedua-dua mangsa mengambil masa terlalu lama untuk keluar, justeru beliau datang untuk memeriksa dan mendapati mereka terbaring di lantai." Dilaporkan kedua-dua mangsa tidak dapat keluar dari sauna berikutan pemegang pintu patah, biarpun mereka berdua dikatakan cuba memecah tingkap pada pintu untuk menyelamatkan diri namun gagal. Perkhidmatan kecemasan mengesahkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.- CARI
|
18
![]() Bagus |
23
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
8
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT