Chelsea mengumumkan bahawa kapten John Terry akan meninggalkan The Blues pada penghujung musim ini. Memetik BBC Sport, Chelsea mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan di laman web rasmi mereka sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan selama 22 tahun yang diberikan oleh Terry dalam usaha membantu kelab itu melalui zaman kegemilangan mereka.
Bekas pemain antarabangsa Inggeris ini telah menghabiskan sepanjang kariernya bersama The Blues, setelah pertama kali bergabung dengan pasukan junior pada 1995 sebelum pertama kali bermain dengan Chlesea pada 1998. Sepanjang menyarung jersi Chelsea Terry telah memenangi 14 gelaran utama termasuk empat Liga Perdana Inggeris, lima Piala FA dan Liga Juara-Juara 2012, selain menjaringkan 66 gol. Terry kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan menerusi kelab itu dan memuat naik sekeping gambarnya yang memakai jersi Chelsea di laman Instagram.
“Daripada jurulatih, rakan sepasukan dan kakitangan serta penyokong yang memberikan sokongan selama ini, tiada apa yang boleh saya katakan selain terima kasih." “Saya akan putuskan masa depan saya selepas ini tetapi buat masa sekarang saya komited untuk membantu pasukan ini meraih kejayaan.” katanya.- CARI |
18
Bagus |
20
Marah |
25
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT