Benelli's RFS 150i adalah model ‘moped’; kapcai ‘spek-lumba’ pertama yang mengujakan penunggang dengan: sentuhan lagenda kejuruteraan Benelli dan gaya perlumbaan Itali. Lebih kuasa kuda dan daya ketahanan daripada enjin satu selinder penyejukan cecair 15.5 kuasa kuda, 3-pencucuh, 6-kelajuan. Dipermudahkan dengan penghidup elektrik terkini.
Lebih teknologi perlumbaan dalam bentuk suspensi depan terbalik untuk merasai jentera lumba sebenar. Dan lebih banyak nilai daripada kemampuan yang menakjubkan dari RFS 150i. Di Benelli, RFS bermaksud ‘Riders For Speed’. Dan Riders for Speed pasti tahu bahawa RFS 150i serba baru adalah moped sukan yang terbaik dalam kategori 150cc yang popular – juga dengan nilai yang terbaik.
Bermula dengan enjin, dimana teknologi moden dan dilengkapi cecair sejuk untuk ketahanan yang melampau, suhu pengoperasian enjin yang rendah dengan kuasa maksimum. Sesaran enjin 149cc, penampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP yang serba baru didatangi dengan tiga pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah, 6-kelajuan, bahan api suntikan elektronik menjadikan enjin RFS lebih mengagumkan, 15.5 kuasa kuda yang pada 8500 rpm - lebih daripada persaingannya, dan penunggang dapat mencelah melalui lalu lintas bandar, meluruskan jalan belakang yang berliku, atau memecut laju di litar lumba. Sebagai tambahan daripada acara utama, pelancaran moped pertama RFS150i, Bennelli Malaysia juga telah memperkenalkan dua buah model baru; TRK 502 Motorsikal Kembara dan 302R Motorsikal Lumba. TRK 502 – JIWA PENGEMBARA Menunggang Benelli TRK 502 ini, sebuah jentera pengembaraan dan jalan raya merupakan tiket untuk anda ke arah kebebasan. Sama ada anda menunggang mengelilingi bandar atau merentasi negara, TRK 502 adalah teman perjalanan yang sempurna. Dengan keselesaan ergonomik, perlindungan dari angin dan cuaca yang menakjubkan, sistem suspensi yang lasak, dan enjin twin-silinder yang cekap dan berkuasa, anda boleh mengubah setiap hari anda sebagai sebuah pengembaraan yang berbeza; meneroka dunia baru, semuanya tanpa batasan. 302R – TAKLUKI DUNIA Tidak ada hari yang sama dengan seharian di litar lumba atau sepetang di jalan raya yang lengang. Tungganglah Benelli 302R yang baharu yang diilhamkan dari warisan lagenda perlumbaan Benelli, 302R menawarkan casis yang menakjubkan, pengambilan selekoh yang tiada bandingan, brek yang berkuasa, kuasa yang padu dan pengendalian yang hebat. 302R merupakan satu jentera perlumbaan yang sesuai dengan jiwa pelumba seperti anda. 302R boleh didapati dengan tiga variasi warna: Putih Merah, Hitam Merah dan Hijau Perang dengan harga serendah RM 21,888 (Tidak termasuk GST).- CARI |
40
Bagus |
19
Marah |
28
Terkejut |
23
Sedih |
28
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WhiskeyScotch replied at 18-4-2017 06:39 PM
I lebih minat kereta dari motor.
cheergirlz replied at 19-4-2017 04:11 PM
sape y dh bli cuba share ckit..
mcm mna ok ker..
zorrro_03 replied at 1-5-2017 08:26 PM
Saya tak beli benelli ni. Tapi secara mudah nya kalau miliki benda baru masuk pasaran dan tidak ra ...
cheergirlz replied at 1-5-2017 10:04 PM
ooh macam tue..ok tq info @zorro_03
zorrro_03 replied at 2-5-2017 12:00 AM
Ce try tgk versys. Hahaha. Masak laa aku ot....
ADVERTISEMENT