Dalam pada beberapa kisah ngeri berkaitan servis Uber dan juga Grabcar dipaparkan, terdapat juga pengalaman mencuit hati yang dikongsikan oleh pengguna ketika menaiki kenderaan tersebut.
Seorang netizen dari Singapura dikenali sebagai Chanel Lam berkongsi cerita bagaimana kereta Grabcar yang dinaikinya menawarkan servis yang memang mengejutkan. Tunggu dulu, bukan servis sebarangan, sebaliknya lebih kepada servis berbentuk hospitaliti iaitu meraikan pelanggan dengan pelbagai 'sajian' yang mungkin ramai tak terfikir. "Baru je naik Grabcar tadi. Adakah saya sedang berhalusinasi? Haha. "Apa jenis grabcar ni? Ini mungkin perjalanan paling best dalam hidup saya. Terfikir juga kenapa saya selalu dapat pengalaman gila macam ni!" ujar netizen ini. Apa yang disediakan oleh pemandu kereta ini? Jangan terkejut, anda dibenarkan untuk mengecas telefon bimbit secara percuma, minuman tin juga disediakan, malah dibenarkan untuk memilih rokok kegemaran, semuanya percuma! "Saya tak ambil apa pun, namun terima kasih kerana membuatkan perjalanan saya sebagai satu yang sukar dilupakan!" katanya. Sebenarnya apa yang dilalui wanita ini memang menjadi mimpi atau idaman ramai pengguna lain. Siapa sangka ada pemandu grabcar yang benar-benar melayan pengguna sehebat ini? Pastinya ia menjadi tamparan hebat kepada pemandu teksi yang lazimnya menjadi rungutan para pengguna sebelum ini. Netizen lain yang membaca perkongsian ini turut berasa teruja, sambil bertanya, "Apa nombor plat kereta itu, wow, saya tak pernah merasainya sebelum ini." "Jom naik kereta ni sambil lalu perjalanan yang panjang, habiskan semua air dia sediakan tu! huhu." Kisah mencuit hati ini apa pun mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada pemandu lain, yang boleh mengambil sudut positif daripada perkongsian tersebut. Kepada para pengguna pula, jangan sampai ambil kesempatan dengan kebaikan pemandu tersebut ya. - CARI |
14
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 18-4-2017 10:27 AM
Takde maknanya.. Mulai hari ni (18/4) tambang grabcar kat beberapa bandar dah turun, so maknanya dah ...
mrsLucky replied at 18-4-2017 08:08 PM
Hari tu i kena tengking oleh grabcar driver. Trus i bagi 1 star...
mrsLucky replied at 18-4-2017 12:08 PM
Hari tu i kena tengking oleh grabcar driver. Trus i bagi 1 star...
saladin780 replied at 18-4-2017 09:58 PM
ya ke..kesian..kenapa sampai kena tengking tu
mrsLucky replied at 19-4-2017 11:10 AM
I kena tengking pasal location i yang apps bagi tuh 50m dari dimana i berada..
I gi holiday k ...
ADVERTISEMENT