Keputusan tidak rasmi menunjukkan penyandang jawatan, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, kalah dalam pilihan raya Gabenor Jakarta, kepada bekas Menteri Kabinet Indonesia, Anies Baswedan.
Memetik laporan Jakarta Post, bekas Menteri Pendidikan Indonesia Anies Baswedan berjaya pada pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta yang dilihat mendedahkan kota raya terbabit kepada ketegangan politik dan agama. Berdasarkan keputusan kiraan pantas tidak rasmi oleh Indikator Politik, Anies menang dengan 58 peratus undi berbanding 42 peratus bagi Ahok. Tinjauan bancian lain juga menunjukkan keputusan yang hampir sama. Suruhanjaya Pilihan Raya kebangsaan akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.
Februari lalu, Ahok memenangi pusingan pertama pengundian, tetapi gagal memperoleh margin yang mencukupi untuk menghalang pemilihan pusingan kedua. Pilihan Raya Gabenor Jakarta terpaksa diadakan secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus pada pusingan pertama Februari lepas. Pusingan kedua ini menyaksikan gandingan Ahok dan Djarot dicabar Anies dan Sandiaga. Sistem pilihan raya itu mewajibkan seseorang calon melepasi 50 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk dilantik sebagai Gabenor Jakarta merangkap ketua eksekutif daerah bagi tempoh lima tahun.- CARI
|
22
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bosan betul x abis2 kisah indon kat forum Malaysia ni:zz
kelapaparut replied at 19-4-2017 07:10 PM
Kesiannye Ahok, semue ni.mainan politik gunekan agama sbb mentang2 la Ahok cine kristian, benci betu ...
ADVERTISEMENT