Assalamualaikum netizen, Setelah dua artikel sebelum ini menyentuh mengenai remaja sekolah, kali ini saya ingin berkongsi tentang hal suami isteri. Kebanyakan wanita berpendapat yang sama apabila berlaku pertelingkahan sehingga mencetuskan perpisahan, ia adalah berpunca daripada lelaki. Sama ada lelaki terlalu ego, keras kepala, panas baran, menipu mahupun curang.
Saya tidak nafikan jika perlakuan tersebut berlaku, ia memang satu kesalahan yang berhak menerima hukuman. Namun, di sini saya ingin membawa pembaca untuk tidak berbahas mengenai kesalahan lelaki tersebut yang TELAH PUN JELAS LAGI NYATA. Sebaliknya mari kita jenguk seketika, mengapa kelakuan salah ini dilakukan suami. Terdapat beberapa faktor penyumbang (Contrabutary Factor) ke arah perlakuan tersebut yang telah dilakukan oleh isteri. Jadi, saya syorkan tips berikut untuk mengelakkan suami anda mencari wanita lain atau hiburan luar. PENGURUSAN SYAK WASANGKA Kepercayaan merupakan asas utama dalam perhubungan cinta. Mengapa perlu ada sesuatu hubungan itu jika tiada kepercayaan? Namun, kepercayaan itu diberikan bukan sepenuhnya cukup sekadar melahirkannya dengan cara. a. Mengelakkan diri dari membayangkan sesuatu di minda akan kebarangkali pasangan anda melakukan sesuatu yang tidak elok di belakang anda. Seterusnya apabila wanita mengambil tindakan untuk.. b. Terus menyerang pasangannya yang disyaki berlaku curang. Ia bertambah buruk sekiranya pasangan anda itu tidak melakukan sebarang kecurangan dan ianya adalah satu fitnah. Selain itu, c. Sikap melihat maklumat di dalam telefon bimbit pasangan anda dengan niat untuk membongkar rahsia mengundang satu perasaan kurang senang si dia. Kesan & Akibat: 1. Jika pergolakan ini tidak diuruskan dengan baik, kebarangkalian untuk berlaku perpisahan adalah tinggi. 2, Pasangan mulai rasa dendam. Maksud dendam adalah seperti ayat kata-kata si suami ini - berlaku jujur pun kena marah, baik sahaja dia berlaku curang. 3. Jika ini berterusan, akan lahir satu bentuk perasaan yang menjengkilkan daripada pihaknya. Dia mula hilang sabar dan perubahan sikapnya mulai berlaku. 4. Pergolakan yang tiada asas sebegini juga bakal menaikkan amarah buat pasangan anda yang mana jika tidak dikawal bakal menyaksikan diri anda dicederakan. Seharusnya kita... 1. Seharusnya, untuk meletakkan diri anda sebagai kekasih atau isteri unggul, apabila terasa sesuatu yang mencurigakan, anda perlu tenang menghadapinya dan bukan mula menjadi PERISIK!. Adakala minda dan hati kita dibisik syaitan yang ingin merobohkan hubungan yang baik ini. Seterusnya, tunggalah saat yang sesuai untuk anda bertanya dengan pasangan anda. 2. Namun, perlu diingat, cara dan gaya pertanyaan itu biarpun menjurus kepada satu bentuk tuduhan yang tiada bukti, ia perlu dilakukan secara halus. Maksudnya disini, biarlah setiap tutur kata anda lembut dan bukan bersifat provokasi. Justeru, kawal emosi anda terlebih dahulu dan mulakan pertanyaan mengenai perasaan syak wasangka anda dengan penuh lembut dan hormat. InsyaAllah, hasilnya baik. Ikuti sambungan tips mengelakkan suami mencari lain pada segmen akan datang. Salam Ikhlas, ----Airol Irwan Limin---- |
28
Bagus |
29
Marah |
21
Terkejut |
24
Sedih |
27
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
KucingKedai replied at 20-4-2017 02:58 PM
lelaki mcm2 lah alasan dia. selalu yg isteri prasangka ni sebab suami pernah buat hal/ bekas bf atau ...
ADVERTISEMENT