Wah, sedapnya petang-petang dapat minum teh bersama tauhu sumbat berdaging. Lagi sedap kalau dapat makan di luar rumah sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.
Boleh dihidang bersama sos cili, sambal kicap atau 'diratah' begitu sahaja. Memang sedap! Tak susah mana pun nak buat tauhu sumbat berdaging ni, cuma mungkin penyediaannya nampak agak leceh. Tapi mana ada perkara di dunia ni yang semuanya mudah saja kan? Jom tengok cara membuatnya! Bahan-bahan: 6 biji tauhu dibelah dua (segi tiga) 1 keping daging lembu/ayam kisar Ramly 1 biji bawang besar ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk 1 sudu kecil sos tiram Sedikit daun sup (ikut cita rasa) 1/2 sudu serbuk lada hitam (ikut cita rasa) 2 biji telur Garam Gula Perasa Cara Menyediakan Intinya: 1. Keluarkan sebahagian isi tauhu. Asingkan. (Nak goreng dahulu tauhunya sebelum dibelah dua pun boleh) 2. Lenyekkan isi tauhu yang dikeluarkan tadi. 3. Tumis bawang besar dan bawang Putih, masukkan daging atau ayam cincang dan tauhu hancur. 4. Apabila daging sudah masak, masukkan sos tiram dan kacau rata. 4. Masukkan lada hitam, garam, gula dan perasa secukup rasa. 5. Masukkan daun sup dan kacau rata. Cara Menyediakan Tauhu Sumbat: 1. Sumbat inti ke dalam tauhu. 2. Celup tauhu ke dalam telur dan goreng. 3. Siap dihidang! Jangan risau jika ada lebihan inti kerana ia boleh disimpan di dalam peti ais dan dijadikan inti pai. Selamat menjamu selera! - CARI Kredit resipi: Blog Yana Yassin
|
12
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
20
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nuhamo replied at 20-4-2017 03:40 PM
tq. lama cri resepi ni. ni yg mak hanis zalikha jual tu kan
ADVERTISEMENT