Nama Ayda Jebat dan Redza Rosli memang sedang hangat diperkatakan sekarang ini kerana gosip yang mengatakan kedua-duanya sedang hebat dilamun cinta. Sebelum ini kedua-duanya pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menolak andai ada jodoh di antara mereka berdua. Namun apa yang tidak enak didengar apabila Ayda yang sebelum ini rapat dengan penyampai radio Era FM, Radin mula digelar 'playgirl' kerana dilihat sering bertukar-tukar pasangan. Rata-rata peminat mula meluahkan simpati dan kasihan terhadap Radin. Mengulas mengenainya, Radin, 27 walau bagaimanapun berkata yang dia langsung tidak patah hati, sebaliknya sentiasa mendoakan kebahagiaan pelantun lagu 'Pencuri Hati' ini. "Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta. "Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka," katanya kepada mStar Online. Menurut pemilik nama sebenar Radin Amir Effendi ini, dia masih lagi berhubung dengan Ayda jebat dan sering bertemu dengannya di majlis-majlis hiburan. "Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja. "Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi," tambahnya. Apa pun kami doakan kedua-duanya agar sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. -CARI |
25
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
38
Sedih |
23
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_blingblings replied at 20-4-2017 06:34 PM
kalau tak kerana Aydajebat aku tak kenalpun Radin
ADVERTISEMENT