|
Jangan sesekali mengambil enteng tentang pengaruh rancangan televisyen terhadap kanak-kanak. Lebih-lebih lagi dengan siri kartun kegemaran mereka kerana sudah terbukti kebanyakannya pasti akan meniru gaya karakter yang ada di dalamnya.
Inilah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki apabila dia terjun dari tingkat sepuluh rumahnya dengan menggunakan payung. Dianggap sebagai sesutu yang menyeronokkan, budak lelaki tersebut dikatakan ingin cuba meniru watak kartun yang menggunakan payung sebagai 'parachute.' Disebabkan watak kartunnya itu selamat mendarat atas tanah, apa lagi dia pun terus 'terinspirasi' untuk melakukan benda yang sama.
Menurut Shanghaiist.com, walaupun mengalami kecederaan parah namun budak berusia 7 tahun ini sangat bernasib baik kerana terselamat disebabkan kabel wayar elektrik yang berjaya mengurangkan impak ketika terjatuh. Rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka tersendiri mengenai kes yang bukan pertama kali berlaku ini. Buat ibu bapa di luar sana, mohon pantau dan memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak anda. Paling penting jangan tinggalkan anak-anak anda bersendirian walau apa pun yang terjadi. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. -CARI |
|
30
![]() Bagus |
18
![]() Marah |
18
![]() Terkejut |
24
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
26
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043664 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.