Orang kata dapat awek garang, habislah lelaki tu! Kenapa tidak, semua yang dibuat akan dipantau, diarahkan, bersikap demanding, cepat marah dan banyak lagi sikap negatif.
Namun, sebaliknya banyak kelebihan sebenarnya bila anda dapat pasangan atau pun makwe yang garang ini. Malah, anda lebih beruntung sebenarnya. Nak tahu kenapa? 1. Dia akan melindungi anda Berbanding lelaki yang melindungi wanita, awek jenis garang inilah yang sangat mengambil berat dan menjaga anda. Malah, tak perlu takut dengan 'ancaman' luar kerana si dialah yang akan melindungi anda. 2. Elak anda terjerumus Tak dinafikan lelaki boleh melakukan perkara yang tak diingini atau perkara bodoh bila dalam keadaan tertentu seperti tertekan, dipengaruhi rakan sebaya dan sebagainya. Namun, awek jenis garang boleh mengelakkan anda terjerumus ke lembah kotor seperti itu, percayalah!
3. Lebih berdikari Lazimnya wanita garang ni bukanlah jenis lemah dan mampu melakukan banyak perkara tanpa bantuan lelaki. Pendek kata, mereka ini jenis berdikari dan ini membuatkan hubungan kalian berjalan dengan lebih lancar terutama jika terpaksa tinggal berjauhan. 4. Bijak merancang Awek macam ni mereka tahu dan yakin apa yang mereka mahukan dalam perhubungan dan kehidupan. Anda haruslah peka sedikit dengan apa yang dia suka dan tidak suka. Memang nampak sukar pada mulanya, namun lama-kelamaan anda tahu awek macam ini bukan jenis demanding sebenarnya. Apa yang mereka mahu cuma anda lebih peka. 5. Tak suka menyusahkan Jika anda keluar makan bersama dan si dia berkata mahu membayarnya, biarkan sahaja. Walaupun anda mampu untuk memberinya wang yang lebih, namun wanita sebegini mempunyai prinsip untuk tidak menyusahkan anda. Sila percaya, dah cuba baru tahu! - CARI |
24
Bagus |
35
Marah |
37
Terkejut |
39
Sedih |
26
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT