CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penuh Sikap Negatif, Cuba 5 Tabiat Ini Yang Mampu Mengubah Anda!

21-4-2017 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4149| Komen: 7|Original author: Oleh: Adib Za


Tahukah anda dengan mengamalkan beberapa tabiat tertentu, tak perlu banyak pun bagi permulaan, mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan anda. 


Tanpa disedari setiap hari kita sentiasa disajikan dengan pelbagai elemen negatif seperti stres, keletihan, pencemaran udara, diet yang tak terjaga dan sebagainya. 

Anda boleh mencuba 5 amalan atau tabiat positif yang berikut sebagai permulaan. Jangan tak percaya, anda mampu bangun dengan semangat lebih membara untuk menghadapi hari yang penuh cabaran. Badan anda makin sihat dan ringan, minda juga lebih positif dan akhirnya kehidupan anda lebih bermakna serta bahagia. Cubalah!



1. Minum teh herba


Jadikan ia satu habit yang anda lakukan setiap hari. Ambil sedikit masa meskipun cuma 5 atau 10 minit sahaja pada waktu pagi untuk minum teh herba kegemaran anda. 

Tak tahu nak minum apa? Pilihlah teh chamomile kerana ia dipercayai boleh menenangkan minda dan juga jiwa. Teh halia pula meningkatkan sistem imun dan mengelakkan masalah pada sistem pencernaan. 

Minumlah teh hijau kerana ia tinggi kandungan antioksidan dan mampu melawan penyakit kanser. 


2. Tidur yang cukup

Kajian membuktikan mereka yang mahu berasa gembira dan bahagia, haruslah mendapatkan tidur yang mencukupi. Seperti yang dikatakan oleh pengkaji berikut, Daniel Kahneman dan Alan B. Krueger, mendapati adanya kaitan dengan tidur berkualiti dengan keseluruhan rasa bahagia. 

Ya, patutlah mereka yang tak cukup tidur rasa nak marah selalu kan? No wonder!


3. Eat clean

Makanlah makanan kegemaran anda, kerana ia boleh membuatkan anda rasa gembira. Bak kata pepatah, kenyang perut senang hati. Namun, ingat sentiasa ambil dalam jumlah sederhana. 

Eat clean yang paling digalakkan kerana ia mampu memulihkan minda yang serabut, badan yang mudah letih dan lesu dan sebagainya. Memang makanan sangat mempengaruhi emosi anda. Lebihkan sayuran hijau dan juga buah-buahan, kurang lemak dan makanan berminyak serta makanan ringan. 


4. Cubalah perkara baru

Siapa yang tak bosan lakukan perkara sama setiap hari dan setiap masa. Cubalah perkara dan hobi baru. Ahli psikologi, di Rich Walker of Winston-Salem State University mendapati mereka yang melalui pelbagai pengalaman berbeza mempunyai lebih aura positif dan gembira. Mereka ini juga dikatakan kurang mengalami emosi negatif berbanding mereka yang jarang mencuba pengalaman baru. 

Foto: Carian internet
5. Berehat seketika

Kenapa nak kalut-kalut ketika anda sedang berasa stres dan juga letih, terutamanya ketika balik bekerja.  

Ambil masa untuk berehat ketika anda berasa emosi negatif mula menguasai diri. Sambil-sambil tu anda bolehlah bergambar, berswafoto atau pun minum bersama rakan. - CARI 
15

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
17

Sedih
5

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 22-4-2017 02:01 AM
Tabiat 1,2,3 memang I tak amalkan.

Tabiat 4 dan 5 je yang I amalkan.
Quote sepertiitu 22-4-2017 04:21 PM
1. kadang kadang

2. wajib, kadang kadang je tidur tak cukup

3. still tengah try

4. yes yes yes

5. definitely
Quote estrelle 22-4-2017 08:50 PM
2.Sekarang tengah cuba utk tidur awal.so far mmg best bangun tido pon mcm tak dipaksa2.

4.yes.masih baru berjinak2 join zumba class.pegi seminggu sekali pon okay dah..sangat2 best sebab i memang suka dancing.so harapnya lepas ni konsisten lah dengan prrubahan ni.
Quote rosasen 23-4-2017 10:35 AM
Eat clean tu makan makanan selain process food, bukan makanan kegemaran. sebab kalau fast food tu makanan kegemaran, x jadi eat clean la...hehe
Quote Jorja 24-4-2017 06:12 PM
I setiap pagi minum chammomile tea tanpa gula... banyak2 teh kamomil I minum..brand CLIPPER I punya fav
Quote bellxx 7-5-2017 03:05 PM
nak minum teh herba tu kurengggg sikitlahhh
Quote cubajaya 10-5-2017 03:16 AM
Tq for info

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.242867 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top