|
Seorang lelaki warga Sepanyol dihukum oleh mahkamah Thailand selepas didapati bersalah membunuh, mengerat dan membuang mayat rakan senegaranya. Artur Segarra didapati bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan David Bernat, 40, dan mencuri wang mangsa. Menurut sumber, Segarra mengurung Bernat dan menyeksa dan memaksa lelaki itu untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya. Sebahagian anggota badan mangsa yang dipotong ditemui di Sungai Chao Phraya manakala kesan darah dan DNA ditemui di apartmen Segarra.
Memetik laporan Fox News, polis turut menemui sebuah peti sejuk beku di kediaman Segarra, 38, yang dipercayai digunakan untuk menyimpan mayat ahli perniagaan berkenaan. Selain itu buku yang mengandungi arahan cara-cara memotong mayat juga ditemui di kediaman itu. Segarra didakwa mencuri wang mangsa hampir 80,000 baht (RM10,233). Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah. Lelaki terbabit melarikan diri tetapi berjaya ditangkap di Kemboja sebelum dihantar semula ke Thailand pada Februari tahun lalu untuk dibicarakan.-CARI
|
|
38
![]() Bagus |
40
![]() Marah |
27
![]() Terkejut |
45
![]() Sedih |
41
![]() Lawak |
41
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


miszclassique replied at 22-4-2017 11:02 AM
Ada buku cara cara memotong mayat

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052788 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.