Seorang wanita di Johor Bahru melecur hampir 95 peratus, dipercayai dibakar oleh tunangnya. Mangsa berusia 21 tahun itu dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum disahkan mati oleh doktor.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, suspek yang berusai 28 tahun dipercayai tinggal di rumah yang sama dengan mangsa sejak tiga tahun yang lalu. "Suspek yang turut cedera ditahan ketika mendapatkan rawatan di HSA kelmarin dan lelaki terbabit juga dipercayai penagih dadah kerana ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah. "Mangsa dan suspek kedua-duanya tidak bekerja," kata Sulaiman dalam satu kenyataan.
Berita Harian melaporkan motif kejadian berpunca akibat satu pertengkaran yang tercetus antara mereka berdua. Difahamkan, pasangan terbabit mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama tiga tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -CARI |
17
Bagus |
20
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
26
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ronapink replied at 23-4-2017 11:35 AM
dah duduk sekali ada anak dah, berstatus tunang apa lagi
idakamaruddin replied at 23-4-2017 12:21 PM
yindia mungkin
bakawali_04 replied at 23-4-2017 12:37 PM
baca dalam fb mcm husband & wife
upanya tunang ekk
and kalau ikut makluman tu melayu aka islam
PEPPERMAN replied at 23-4-2017 01:43 PM
Pasangan urban ni, da ada anak tp masih btunang.
ADVERTISEMENT