CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bercapuk Dan Buruk, Wajah Wanita Ini Rosak 'Dikerjakan' MUA Tak Profesional

24-4-2017 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26090| Komen: 132|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bergelar raja sehari merupakan impian setiap wanita dan pastinya hari bersejarah ini bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup seseorang.

Namun sebaliknya pula yang berlaku terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Hidayah ini apabila majlis perkahwinannya bertukar tragedi dan mimpi ngeri.

Menurut status yang dimuat naik di laman facebooknya, Hidayah menyatakan kekecewaanmya terhadap jurusolek (MUA) yang menyolek wajahnya hingga menjadi buruk dan kelihatan 'cacat'.

Mungkin disebabkan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, jurusolek ini nampaknya memang seorang yang langsung tidak profesional dan tiada sebarang 'skill' dalam solekan.

Sayu sungguh luahan Hidayah ini, "Saya ingin meminta maaf jika pada sabtu yang lepas semasa majlis saya, saya hilang kejap disebabkan malu untuk berjumpa sahabat dengan keadaan muka saya."


Dapat dilihat di dalam gambar, solekannya bercapuk-capuk, merekah dan kelihatan rosak sama sekali.

Foto: FB Nurul Hidayah
Netizen yang melihat keadaanya ini turut tumpang simpati dan meluahkan pendapat masing-masing.

Satu pesanan dari wanita yang rasa dirinya dikhianati ini adalah, "Ambil murah boleh tapi pastikan berkualiti. Sekali seumur hidup tu beb."

Buat bakal pengantin di luar sana, jadikan pengalaman wanita ini sebagai satu panduan dan pengajaran anda dalam memilih jurusolek terbaik untuk majlis perkahwinan.

Jangan disebabkan terlampau mahu berjimat, rosak habis muka anda 'dikerjakan' MUA yang tidak berkualiti. -CARI

Foto: FB Nurul Hidayah
14

Bagus
19

Marah
19

Terkejut
29

Sedih
30

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allhaillll 24-4-2017 02:36 PM
kening dia...   
Quote hdon 24-4-2017 02:44 PM
Aiyoo bercapuknya.. kesian dia

Aiol dulu b4 kawen mmg rajin cek page2 mua di tmpt aiol sbb nak tgk hasil karya diorg..

Aiol jenis yg berpeluh di hidung kalau panas jd kena carik mekap yg tahan tak bercapuk bila berpeluh.. nsb baik dpt mua yg bagus
Quote AkakSalKL 24-4-2017 02:46 PM
i tgk mcm budak vandalisme yg make up u astagfirullah
Quote estrelle 24-4-2017 03:06 PM
Ni kwn adik i..biasalah wedding planner nak amik yg murah.imagine mekap 15minit je.pastu blah.ko ghaseee.
Quote sukanaktahu 24-4-2017 03:06 PM
kesiannya dia..
harap dapat duit balik.
mmg lah duit bukan segalanya.
tapi sakit hati tau bila hari paling istimewa kita, MUA mekap kita sembarang cam gitu.
bertabahlah dik. harap2 u ada outdoor photoshoot nanti and gunakan MUA yg professional nanti.
Quote Levespa 24-4-2017 03:20 PM
mekap sendiri lagi baik kalau  macam ni
Quote debab76 24-4-2017 03:23 PM
akak dulu kawin mekap sendiri je dik!! cut cost abis! tadela nk tebal2 mcm opera china. akak lg prefer mekap nipis je. so wajah asal takda la lari tune sgt yach!
Quote Mary_jane 24-4-2017 03:29 PM
Kesian dik non kena dajal. Survey baik2 bakal pengantin sekalian.
Quote Esmiria 24-4-2017 03:30 PM
debab76 replied at 24-4-2017 03:23 PM
akak dulu kawin mekap sendiri je dik!! cut cost abis! tadela nk tebal2 mcm opera china. akak lg pref ...

Mesti akk cntik kn
Quote debab76 24-4-2017 03:32 PM

ofkos!!!


Quote shernazz 24-4-2017 03:40 PM
haha
gila sian dowh
memori xdpt dilupakan neh
Quote cicicumel 24-4-2017 03:46 PM
MUA tu stands for what?
Quote Nenasketum 24-4-2017 03:47 PM
Shading fail. Make up beli dari kedai aksesori rambut. Niat menipu dari tukang andam. :
Quote bellxx 24-4-2017 03:50 PM
choi!!! make up macam tu !! ko x reti x payahlah memandai mandai nak makeup org alamakkk
Quote fox. 24-4-2017 03:51 PM
Astaga dik.kalau gini mekap ko nak jimat ke haper better ko mekap sendiri jah dik.skin ko pun tak bermasalah pun utk mekap sendri kan.meh akak mekapkan mua ko jadi rogayah
Quote lasagnaklcc 24-4-2017 03:55 PM
Cousin i terpaksa bertabah dpt make-up buruk gila side husband dia. MUA blah, kitorg make-up kan balik.
Quote ellejo 24-4-2017 03:56 PM
kene testing skill dia dulu and tengok produk apa dia pakai dek kalo mua mua ni. kalo puas ati baru amik dia.
aku kawen aku test skil minah tu dulu. conteng2 muka aku. aku puas hati baru aku amik.
Quote WhiskeyScotch 24-4-2017 03:57 PM

Makeup Artist.
Quote beautifulliar 24-4-2017 04:00 PM
Ayoo huduhnye make up ngn so called MUA..
Ape kening guna celak kaler itam budus punya MUA.

Aku dlu ade hosmet nikah dia punya makeup huduh gak..mak andam konon2 profesional nyampah gile aku tgok je dia makeup knon bace2 doa bg naik seri sudahnya hasil cincai tebal bercapuk muka pngantin stil nampak blubang2.kening dia g tala celak hitam budus pnya mak andam.blusher mcm kene lempang. tapi bg pngantin n org2 situ hat tak pernah makeup of cos la makeup gitu cantik utk deme.hampuras btol.makeup aku g keje lagi cantik

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top