CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abdul Latif Romly, Siti Rahmah Dinobat Olahragawan, Olahragawati 2016

27-4-2017 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2570| Komen: 15

Atlet elit paralimpik negara, Abdul Latif Romly dan pesilat Siti Rahmah Mohamed Nasir masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2016 (ASN 2016) malam kelmarin.


Abdul Latif, 20, melakar sejarah sebagai atlet kelainan upaya pertama dipilih untuk menerima anugerah berkenaan.

Sementara itu, Siti Rahmah adalah pesilat berpengalaman dan sentiasa mempamerkan prestasi yang konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya.

Pesilat berusia 30 tahun dari Terengganu itu berjaya mencipta hatrik kemenangan dalam Kejuaraan Silat Dunia selepas memenangi edisi ke-17 di Bali, Indonesia, pada Disember tahun lepas.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


Senarai penerima anugerah:

1. Olahragawan Kebangsaan: Abdul Latif Romly (Olahraga — Para)

2. Olahragawati Kebangsaan: Siti Rahmah Mohamed Nasir (Silat)

3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Tiada

4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Siti Noor Radiah Ismail (Olahraga — Para)

5. Pasukan Lelaki Kebangsaan: Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (Badminton)

6. Pasukan Wanita Kebangsaan: Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong (Terjun)

7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan: R. Jaganathan (Olahraga — Para)

8. Jurulatih Wanita Kebangsaan: Chin Eei Hui (Badminton)

9. Anugerah Kepimpinan Sukan: Tan Sri Mohd Ali Rustam (Pesaka) dan N Shanmugarajah (MGF)

10. Anugerah Tokoh Sukan: Tun Jeanne Abdullah (Majlis Paralimpik Malaysia) dan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar (Majlis Olimpik Malaysia)

11. Anugerah Khas: Datuk Dina Rizal (Sports Unite) dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)- CARI

sumber : Bernama

33

Bagus
25

Marah
10

Terkejut
22

Sedih
26

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 27-4-2017 10:38 AM
tahniah .......
Quote nisako 27-4-2017 10:39 AM
semoga terus Berjaya......
Quote muraicomey 27-4-2017 12:29 PM
Tahniah kepada para pemenang
Quote fox. 27-4-2017 12:35 PM
tahniah dik. semoga terus gemilang. wah gitu
Quote Aizuzu 5-5-2017 06:41 PM
Bangga dengAn Dia so parent yg Ada anak mcm nie Jgn la merungut sbb setiap anak tu Ada rezeki dia
Quote torres9 5-5-2017 08:10 PM
Siti Rahmah tiga kali jadi juara silat dunia.dia anak kepada pemain bola kebangsaan Singapura Nasir Jalil.
Quote melissa~~ 5-5-2017 08:28 PM
tahniah..
Quote asfaz 5-5-2017 08:58 PM
Tahniah
Quote notsospecial007 5-5-2017 09:56 PM
Tahniahhhh
Quote MekArchana 5-5-2017 11:51 PM
Tahniah.

Quote ashcroft86 5-5-2017 11:57 PM
Sapela bagi oversized blazer kt latip tu. Syg tubuh tegap cmtu pakai baju xde fitting. Anyway, tahniah. Semoga terus cemerlang. We are proud of you.
Quote Wimamp05 6-5-2017 12:38 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:38 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:38 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:38 AM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-8-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061449 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top