Benarlah orang kata, kalau sudah jodoh tak ke mana. Namun siapa akan menyangka jodoh yang diaturkan buat wanita Indonesia ini, adalah dengan putera idamannya dari negara Korea, nun jauh di sana!
Kisah wanita Minang ini, Vera Nanda Putri mendapat liputan meluas di negara asalnya Indonesia apabila percintaannya dengan jejaka Korea berakhir melalui sebuah perkahwinan yang sangat ikonik. Malah, tak keterlaluan dikatakan ramai yang berasa cemburu dengan sosok wanita yang montel ini. Vera, si comel ini merupakan seorang peminat tegar rancangan popular Running Man. Memetik laman Viva, dia yang lahir pada tahun 1988 mengambil keputusan untuk mengambil kelas bahasa pada tahun 2015 di Seoul National University.
Di situlah dia bertemu dengan Jun, seorang pereka grafik, yang akhirnya ditakdirkan menjadi suaminya yang sah baru-baru ini. Bagaikan sebuah drama, kisah percintaan mereka tidak terlepas daripada pelbagai halangan. Ini termasuklah kecaman dan juga kata-kata nakal daripada netizen sendiri yang menganggap hubungan mereka takkan bertahan lama. Mereka mengutuk tubuh gempal Vera yang dikatakan tidak layak dengan lelaki tampan seperti suaminya itu. Pun begitu, wanita ini yang sering memuat naik gambar bahagianya bersama kekasih idaman itu di laman Instagram tidak mempedulikannya dan akhirnya, mereka berdua disatukan pada 27 Februari lalu. Dapat dilihat akhirnya ramai di kalangan netizen yang mula menerima situasi unik tersebut dan memberi sokongan kepada wanita comel ini bersama suaminya. Malah, mereka berasa bangga apabila etnik Minang disebut-sebut di peringkat antarabangsa, sehingga ke Korea! Hebat, kan? "Harapnya selepas ini ada pula nama lelaki Minang yang menikah dengan wanita Korea," ujar seorang netizen. "Buat lelaki di luar sana, jangan sesekali mengejek wanita gemuk, belum tentu yang kurus itu lebih baik segala-galanya," kata seorang lagi netizen. Kesimpulannya, tiada siapa yang dapat menyangkal jodoh yang ditetapkan oleh Ilahi. Janganlah kita mengkritik dan mengutuk bentuk tubuh seseorang yang dikatakan tidak sepadan, tidak cantik dan sebagainya. Nah, sekarang terbukti mereka yang montel pun boleh dapat lelaki K-pop yang 'helok' sempurna. - CARI |
WhiskeyScotch replied at 27-4-2017 10:39 PM
Ayooo banyak betul kisah orang gemuk hari ni. Hari ni hari gemuk seduniakah?
ADVERTISEMENT