Pernah tak mengalami keadaan bila mana anda teringin nak makan anggur, tetapi apabila dikeluarkan dari peti ais anda menyedari terdapat kesan tompok-tompok berwarna putih pada permukaan buah?
Dan seperti biasa, anda pun membasuh anggur itu di bawah air paip. Berhenti! Hanya membasuh dengan air tidak mencukupi, sebaliknya guna tepung jagung untuk membuang lilin (wax) yang menyaluti buah anggur. Anda pasti tak percaya akan keberkesanannya! Seperti yang diketahui, buah-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin bagi memastikan kesegarannya walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Inilah cara yang dikongsi oleh seorang blogger bernama Julie Noyas. Anda akan lihat perubahan ketara! Anda perlukan: Air secukupnya 1 sudu tepung jagung Penapis Caranya: 1. Hanya basuh sejumlah anggur yang anda mahu makan 2. Masukkan anggur dan satu sudu tepung ke dalam bekas bersesuaian 3. Tambah air sehingga anggur tenggelam 4. Perlahan-lahan, gaul anggur sehingga tepung sebati dengan air selama beberapa minit 5. Masukkan anggur kedalam penapis dan bilas di bawah air paip. Dah boleh dimakan! Anda akan dapati buah anggur anda kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Nampak segar dan menyelerakan! Cuba, jangan tak cuba! - CARI
|
23
Bagus |
17
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
19
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dubuk replied at 28-4-2017 06:10 PM
bukan rendam dengan air garam ke
prettyuglybabe replied at 28-4-2017 06:17 PM
iols pun rendam air garam jah..
la ni kena kobek peti pulak nak cari tepung jagung
beautifulliar replied at 28-4-2017 05:41 PM
Aku basuh ngn ubat gigi je
rukia2 replied at 28-4-2017 08:44 PM
Ko berus skali x?
beautifulliar replied at 28-4-2017 08:50 PM
Motif nk berus?
gosok gitu je gaul2kn pastu bilas ngn air paip.berkilat ok anggur tu hilang sum ...
rukia2 replied at 28-4-2017 08:55 PM
Mnelah tau.. Alang2 ko da pakai ubat gg utk cuci kn..pakai berus gg skali
ADVERTISEMENT