CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Belanja Besar Kalah Orang Berkereta, Tapi Naik Motor Saja - Wanita Keji Si Miskin

2-5-2017 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15455| Komen: 93|Original author: Oleh: Maly Rosli

Amboi, sedapnya dia mengutuk orang lain. Hinanya orang yang berada dalam kesusahan di mata seorang wanita tidak mempunyai hati dan perasaan ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi WeChat dengan akaun bernama Sarah Coco memuat naik sebuah 'moment' menyindir terhadap seorang lelaki sehingga menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.



"Kalau tiada kereta tu buat cara tiada kereta, tak perlu berlagak berbelanja di pasar raya sehingga membawa dua troli macam datang naik van.

"Lepas tu sumbat barang dalam bakul sehingga penuh dan bonceng belakang macam beruk. Buat malu orang  saja bawa motosikal buruk, belanja acah-acah berkereta," tulis Sarah.


Sudahlah mencerca kedua beranak itu membeli-belah hanya dengan menaiki motosikal, dikatanya pula lelaki berkenaan, Mohd Nashiruddin Mokthar sebagai anak tak berguna kerana tak mampu menyediakan sebuah kereta untuk membawa ibunya berbelanja barang keperluan.


Foto: The Reporter/WeChat

Dengan kuasa Tuhan, moment dimuat naik wanita berkenaan sampai ke pengetahuan Nashiruddin yang kemudiannya tampil membalas kenyataan biadap dan tak berlapik itu.

"Berkenaan posting Sarah di WeChat, saya tahu dia maksudkan saya kerana kami ada berselisih faham ketika di pasar raya berkenaan.

"Terlanggar troli sahaja, tetapi saya tak sangka sampai dia muat naik status sedemikian," katanya.



Tambah Nashiruddin yang juga seorang pengawal keselamatan, dia akui berasal dari keluarga susah namun bersyukur dengan apa yang ada.

"Alhamdulillah saya masih mampu tunaikan hajat ibu untuk ke Makkah walaupun sendiri terasa susah," tegasnya.


Foto: The Reporter/FB

Perkongsian itu menerima kecaman netizen yang rata-rata meluat dengan sikap wanita itu.

"Hahahha. Kalau setakat muka lawa, beg berjenama, baju seluar tudung mahal-mahal, tak guna juga kalau beg duit tu nipis tak berduit. hutang sana sini semata-mata nak nampak kaya di mata orang lain. Malu la weiiiii," komen netizen.


Foto: FB The Reporter

Diharap Sarah membaca kenyataan lelaki berkenaan dan memohon maaf secara terbuka di atas kelancangannya menghina orang miskin. Kepada yang lain, janganlah sewenang-wenangnya mengeji orang lain kerana kita tidak tahu kesusahan yang mereka harungi untuk teruskan hidup. - CARI

17

Bagus
16

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
24

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 2-5-2017 10:34 AM
aduiiii...naik moto ke suparmarket di hina sbg miskin
kesian la mentaliti begini.....kdg org naik moto sbb tak nak bersesak kat jalan, tak nak habis masa pusing2 cari parking la tongong...

dak sarah coco ni sedara dgn kingcocojelly ke? biasa yg suka ckp2 gini, umo anak jagung lagi, spenda bra pun masih makpak beli, tak biasa dgn dunia realiti lagi....
Quote Sandal 2-5-2017 10:34 AM
Sekor lagi makhluk yg bernama coco
Quote felinecat 2-5-2017 10:38 AM
viral lg kebodohan manusia..ak sokmo rase nak naik moto kalau jem, xtahannye kalau jem.kalau kedai dekat, ak jalan kaki je
Quote WeAiNe 2-5-2017 10:38 AM
bodhnya nya bet ni.....
oklah semoga ko dpt bf bawak kete besor dan mewah ye
tapi kalau makan tepi jalan kira ok tak?
soping setakat tak lebih rm50
sebab duit habis daaaaaaaaaaaaaaa bayar installment kete
bodoh piang lah bet oiiiii
Quote cmf_Kimmy 2-5-2017 10:41 AM
Kaya sangat ke yg nak hina orang miskin?......

Hari ni bongkak dan sombong, esok lusa siapa tahu perancangan Allah jatuh tersungkur semiskin2nya.
Quote dubuk 2-5-2017 10:42 AM
kena pakai honda! tak guna punya orang kampung!

Quote syeffy0291 2-5-2017 10:47 AM
orang yg nama coco ni memang bingai nak mampos ke?
Quote CrowneGlory 2-5-2017 10:48 AM
kebarangakalian berapa dlm sejuta ni dlm wechat kutuk2 secara general sampai tuan punya badan boleh tau
Quote AbukRokok 2-5-2017 10:56 AM
y ya ya  cuco jumbo ya ya yey cucho jhumboooghh
Quote CiliPadiSedap 2-5-2017 10:57 AM
adik satu kampung akak sumpah adik  jadi khinzir hutan.. jiran kampung akak cakap perangai camni biasanya betina sundal birah

acik2 sekalian silalah cari menantu mithali jauhilah betina sundal ini
Quote CiliPadiSedap 2-5-2017 10:59 AM
krustykrab replied at 2-5-2017 10:34 AM
aduiiii...naik moto ke suparmarket di hina sbg miskin
kesian la mentaliti begini.....kdg org naik ...

spenda bra pun masih basi lg, jenis birah memanjang.. duit tak pandai cari sibuk nak berlaki kaya.. biasalah.. mulut jenis jubur ayam.. akak kalau dpt akak cili2 budak2 wechat ni.. kalau anak perangai cmni, cmne lah mak ayah dia ye?
Quote cheergirlz 2-5-2017 11:10 AM
sejenis lg bau2 minah tanggang moden katenyer..esok lusa jatuh terduduk xda sape kk tolong baru taw bumi nie kcik ke besar..langit tinggi ke rendah...suka suki menghina org...adoii mentaliti apakah ini..
Quote chinta89 2-5-2017 11:12 AM
harap rancangan motif viral ni jemputlah dik coco 2.0 ni yek... ak keji si coco ni sebab biadap, dan ak keji jgk rancangan bodo tu.
Quote Gadis_sarawak 2-5-2017 11:14 AM
Ni spesis manusia tak pernah hidup susah la ni.. Sebab tu suka menghina orang yang nampak cam susah..

Entah2 orang yang dihina tu berkali ganda duit berkepuk2 dalam bank.Cuma takkan nak cakap ada duit kaya raya gitu kan..

Aku kadang ngan husband pegi tesco naik moto je beli barang..sebab dekat sangat ngan rumah..miskin jugak ke aku?

Kesian ade jugak orang yang berfikiran camni...
Quote vanillaninja 2-5-2017 11:22 AM
Ini sejenis kisah benar ke?
Quote idakamaruddin 2-5-2017 11:24 AM
akak pn sllu naik moto merempit ngn laki g beli barang dik..siap penah beli beras lg haha sbb nye akak malas nk pusing blk smpai rumah amik kete bagai..akak gigih dik kepit beras tu janji akak x perlu hbs minyak pusing jauh2 amik kete balik

akak x miskin dik akak pn x kaya jugak..tp syukur dik akak ada motor n kereta..ramai lg org susah tak motor hatta basikal pn kt msia ni

padan muka dik..len kali kalau ko nak menghina or memaki org tu terus maki depan2..jgn nak acah2 up status pastu nk org tny "sape org miskin tu beb?" tu namanye kalau lelaki org panggil telur mengecut kedalam dik..kalau ko pmpn akak tak tau nak panggil apa la dik..mungkin "bitch" barangkali

opppss maaf akak tekasar sikit dik..mcm selayaknye dikkk

Quote mirebus 2-5-2017 11:25 AM
kadang2 orang yg susah, yg biasa ni lah lagi kaya dari org yg terang2 kaya. biarlah dia nak bawak motor pun. susahkn kau ke? tapi dia sampai sentuh pasal mak, kalau aku mmg kena dah dia ni. bongok tol :
Quote susukambingbest 2-5-2017 11:36 AM
Jeles la tu. Si coco si sarah hitam ni jeles la, dia naik kete tp xder duit nk mnyoping brg umah, duit abis wat byr hutang je tiap2 bln sbb nk tnjuk kaya kt org. Jeles dgn abg guard ni yg wlu naik moto je tp brg beli penuh satu troli. Dasar sarah hitam miskin hati busuk
Quote palmolive 2-5-2017 11:43 AM
kalo terlanggar troli ni macam beli barang kat NSK selayang jek

tempat sempit tp tak leh pikir troli dia halang laluan...

bila langgar buat muka tak puas ati

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050130 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top