CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Dilayan Kerana Pakai Baju Buruk, Uncle Terus Beli Harley Davidson Secara Cash!

2-5-2017 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 15838| Komen: 63|Original author: Oleh: Adib Za

Kata orang tak baik menghakimi seseorang itu hanya berdasarkan penampilan luaran sahaja. Bahkan, sikap menghakimi itu sendiri pun sangat tidak dibenarkan. Siapa kita, kan?


Kisah yang satu ini boleh juga dianggap sebagai melucukan namun dalam masa yang sama sebagai satu tamparan hebat buat mereka yang gemar 'judge a book by its cover'.

Kecoh di laman sosial negara Thailand bagaimana seorang lelaki tua yang sering dipandang sebelah mata kerana berpakaian selekeh akhirnya mampu membeli motosikal yang super mahal. Berjenama lagi! Wow!


Memetik laman Thai Visa, lelaki tersebut telah beberapa kali tidak dilayan oleh jurujual di bilik pameran motor mewah. Ini kerana dia hanya mengenakan baju t-shirt yang besar dan cuma berselipar. 


Sudah tentu, ia memberi gambaran kewangannya yang tidak selari dengan pusat pameran motosikal itu sendiri. 

Dari satu ke satu kedai sehinggalah dia mendapat layanan baik dari sebuah premis menjual motor yang sangat besar. Hanya dalam masa 10 minit, dia telah menemui motor idamannya dan terus mengeluarkan wang tunai bernilai 600,000 baht bersamaan RM75,147!


Akhirnya lelaki berkenaan telah memiliki sebuah Harley Davidson yang begitu bergaya dan tampak begitu mewah. Secara tunai lagi tu~

Kisah lelaki Thailand itu menjadi viral selepas kakaknya bercerita di laman sosial. Katanya, lelaki tersebut dikenali sebagai Lung Decha, seorang mekanik yang sangat jujur dan rajin. Dia juga tidak 'minum' dan juga bermain judi. 


Kesimpulannya, jangan sesekali melayan seseorang itu dengan buruk hanya kerana dia tidak mengenakan imej seperti orang kaya. 

Kepada jurujual yang melayan lelaki ini sebagai pelanggan sebaiknya, syabas diucapkan! - CARI 
29

Bagus
20

Marah
14

Terkejut
24

Sedih
37

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 2-5-2017 07:05 PM
ala2 scene dlm pretty  woman jugak la ni.. tu la jgn pandang org sebelah mata.. kan melepas komisen kauu..dulu pun ada kisah  mcm ni.. abang pemilik kedai makan tu selekeh je.. sales man tak layan.. lepas tu beli merc sebijik cash.. ambik kau.. true story
Quote umbut 2-5-2017 07:10 PM
Kalo dia dtg kdi dressing camni, aku pun takut.. Ingatkan mereng
Quote aku.semut.merah 2-5-2017 07:29 PM
Kat mesia pun apa kurangnya. hanya kerana kita pakai selipar masuk butik dorang, mmg susah nak kene layan dan muka deme pun semua muka poyo.
Quote merrissa 2-5-2017 07:33 PM
kat malaysia pon sama jahhhh.....memandang rupa segala
Quote alieyrina 2-5-2017 07:36 PM
Kakak kwn aku saleswoman..dia pun tau dah..salu yg mai selekeh2 tu byk duit..so memg dilayan jugak..

Bedarah hidung tgk moto atuk nih  
Quote Jorja 2-5-2017 07:47 PM
Frontliners m'sia lagi dasat.. customer dressing smartly ke tak tetap layan orang mcm siye kecuali jika awda seorang retis or pak menteri
Quote cheergirlz 2-5-2017 08:09 PM
mentaliti sebegini yang perlu dielakkan...
Quote cheergirlz 2-5-2017 08:12 PM
aku.semut.merah replied at 2-5-2017 07:29 PM
Kat mesia pun apa kurangnya. hanya kerana kita pakai selipar masuk butik dorang, mmg susah nak kene  ...

semut, btol pe y awk ckp...sbb pnh kna..huhu..g ofiz mmg laa lain cara pemakaian..klu di luar santai jer..selipar laa  slalu pakai...
Quote farhana008 2-5-2017 08:25 PM
Berkenan dgn Harley dia
Quote fox. 2-5-2017 08:25 PM
Sama la mcam akak.mentang2 akak selekeh jah tak ada sapa layan akak.tapi ok lah.akak pun tak suka jurujual ngekor je akak.ada baik buruknya di situ
Quote RatuDunia94 2-5-2017 08:50 PM
Tu la org ckp first impression..
Quote CardiGans85 2-5-2017 09:04 PM
aku.semut.merah replied at 2-5-2017 07:29 PM
Kat mesia pun apa kurangnya. hanya kerana kita pakai selipar masuk butik dorang, mmg susah nak kene  ...

Me n my sister pun penah kena kt satu butik dlm KLCC tp ms tu x la pakai selipar.pakai mini kurung jenis cotton sbb me br lps class n sis br blk keje. Tujuan beli hbag kt situ utk hntrn sbb my bro in law da bg duit suh my sis shopping sendiri. we all rs mcm org minta sedekah ms minta hbag baru pd sales girl on duty.

Smpai skrg x jejak butik kt situ,baik online je/g butik branch lain.
Quote kittypong31 2-5-2017 09:05 PM
mcm ni byk kat sini je.. kat SG kalau pegi high end boutique pun SA peramah siap bagi try lagi tak beli pun takpe TAPI SA2 kat sini mostly pandang atas bawah..

Padahal bukan kedai dia
Quote mirandanicky1 2-5-2017 09:17 PM
Padahal gaji SA tu pun tak mampu nk beli brg2 dlm butik2 tu kan.. blagak lebih. Kalau dah kita berani masuk butik tu maknanya kami mampu nk beli kt situ.
Quote Mary_jane 2-5-2017 09:28 PM
Amekaw. Ingat acik takde cash! Tu lah jangan pandang rendah kat orang.
Quote kivio 2-5-2017 10:11 PM
Hm byk sgt kes camni. Aku sendiri penah rasa. Nak beli barang apple kedai chingchong, pakai selekeh memang tak layan. Last2 aku masuk je The Switch.
Quote nut.legacy 2-5-2017 10:33 PM
aku.semut.merah replied at 2-5-2017 11:29 AM
Kat mesia pun apa kurangnya. hanya kerana kita pakai selipar masuk butik dorang, mmg susah nak kene  ...

Setuju.. siap jeling atas bawah.. zass.. org tu byr cash terkedu SA tu
Quote zorrro_03 2-5-2017 10:40 PM
Betul doh dont judge book by cover tu.
Tapi kita kena jaga penampilan juga. Supaya dihormati. Dan mudah berurusan di mana2.  Mcm saya ni. Tukang hantar surat saja. Tapi bila bawa kereta yang bersih walaupun buruk guard akan bagi laluan yg mudah. Sampai sanggup buka gate utk VIP parking....  Hahahaha. Bahagianya....
Quote WhiskeyScotch 2-5-2017 11:35 PM
Apa pun jangan terlalu mudah menilai orang dari aspek luaran.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.169428 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top