CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Dakwa Payudaranya Diraba Ketika Tertidur Semasa Menaiki Bas

3-5-2017 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11543| Komen: 26|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Kes gangguan seksual terhadap golongan wanita sering dilaporkan berlaku sama ada di tempat kerja mahupun di tempat awam.

Semalam, tular tentang satu perkongsian daripada seorang gadis berbangsa Cina di laman Facebook yang mendakwa dirinya telah diraba seorang penumpang lelaki ketika menaiki bas untuk pulang ke kampung.

Difahamkan, ketika kejadian penumpang wanita yang dikenali sebagai Xin Yan itu sedang tidur di dalam bas ekspres yang dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat.


Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kluang,Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata kejadian berlaku berhampiran Hentian Rehat Simpang Renggam, dekat sini, ketika wanita berusia 21 tahun yang bekerja di Singapura itu mahu pulang bercuti ke kampungnya di sini.


Katanya, mangsa yang sedang tidur kemudian tersedar apabila merasa pinggangnya disentuh seseorang dari kerusi belakang.

Beliau berkata, ketika mangsa melihat di belakangnya terdapat seorang remaja lelaki, namun suspek memandang ke arah lain membuatkan mangsa kemudian tidur semula.

"Namun ketika sampai di Hentian Rehat Simpang Renggam, mangsa tersedar semula selepas payu daranya disentuh dan terkejut apabila mendapati remaja yang sebelum ini duduk di kerusi belakang sudah ada di sebelahnya.

"Mangsa kemudian menjerit sebelum bertanya kepada suspek mengapa memegang payu daranya, namun suspek tidak mengaku dan menyatakan hanya ingin membetulkan penghawa dingin di situ.

"Wanita itu kemudian mengadu kepada pemandu bas mengenai kejadian berkenaan untuk mendapatkan bantuan menyebabkan suspek dihalang pemandu serta penumpang lain untuk turun daripada bas ketika sampai di Perhentian Bas Ayer Hitam.

"Bagaimanapun ketika sampai di Perhentian Bas Parit Raja, suspek bertindak melarikan diri menerusi pintu kecemasan di belakang bas, namun sempat dikejar penumpang bas lain dan orang awam yang kemudiannya menyerahkannya kepada polis," katanya.


Mohamad berkata, remaja lelaki berkenaan kini direman empat hari bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Menerusi komen yang diberikan berkenaan perkongsian mangsa, netizen rata-ratanya marah dan risau dengan kejadian seperti itu.

Jesteru, semua wanita dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, apakah cadangan anda bagi mengelakkan kejadian seperti ini dari berulang. 

Wajarkah jika kerusi bas diasingkan antara penumpang wanita dan lelaki? Bincangkan. - CARI



14

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 3-5-2017 01:54 PM
dah ada...mohon buat research sblom post utk jaga "kelas" anda yang tersendiri..

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1040696
Quote fox. 3-5-2017 01:56 PM
patut rasa macam penah baca
Quote harrypoter 3-5-2017 02:11 PM
dah ader dah yg lagi best...
takde blur2 muka lagi...
Quote mirandanicky1 3-5-2017 02:24 PM
Yes dah ada
Quote danangkusuma 3-5-2017 02:32 PM
rasa pernah baca nih news

Work Hard Dream Big



Quote helicornia 3-5-2017 02:39 PM
ari tu ada cadangan asing seat lelaki pompuan ada lak yg bantah. pompuan pun sama bantah
Quote Bedah.Cun 3-5-2017 02:40 PM
News dah ade tapi kalaui kau nak jawapan ai. Ai sangat tak setuju, yang
Quote AbukRokok 3-5-2017 03:23 PM
fairness is a universal beauty
belum ada lg kes budak2 ni mencabul keling atau negro itam. keling negro hanya dicabul sebangsa mereka
Quote EncikRhoma 3-5-2017 03:25 PM
Bedah.Cun replied at 3-5-2017 06:40 AM
News dah ade tapi kalaui kau nak jawapan ai. Ai sangat tak setuju, yang

kenapa kak bedah tak setuju? kak bedah nak ke kalau ada lelaki bangla kepam raba-raba kak bedah nanti?
Quote sikatkutu 3-5-2017 03:25 PM
ko ingat ni kat jepun ke dik. pengaruh porn la ni
Quote Bedah.Cun 3-5-2017 03:31 PM
EncikRhoma replied at 2-5-2017 07:25 PM
kenapa kak bedah tak setuju? kak bedah nak ke kalau ada lelaki bangla kepam raba-raba kak bedah na ...

Yang kepam tue ai sepak jer sampai jatuh dari kerusi pastu repot polis macam nyonya neh. Kalau hadek2 nan tasty, aiii kepittt sampai terpalannncuttt zat gizi tueee haaa
Quote nisako 3-5-2017 03:34 PM
hisssh mcm mcm
Quote belilies 3-5-2017 03:56 PM
Pakai baju besi naik bas.
Quote Felycya 3-5-2017 04:42 PM
Pakai bra besi naik bas.
Quote miemiecha 3-5-2017 04:59 PM
skeri nya, haihhh
byak nau yg gile sex sekarang
Quote WhiskeyScotch 3-5-2017 05:05 PM
Yang kali bawa pepper spray. Kau spray je tangan peraba tu. Biar menderita dia kelecuran.
Quote elyssa 3-5-2017 05:17 PM
Dulu pernah zaman study naik public bus sorg2. Boleh pulak ada mamat bangla ddk sebelah. Pdhal byk je seat lain kosong. Pastu rasanya dia pura2 tido. Boleh pulak dia nak lentok2 kat bahu ni. Mula2 tu elak2 ketepi. Eh..dia makin rapat pulak. Apa lg terus i tengking mamat bangla tu. Semua org pandang ms tu. Padan muka dia terus ddk seat lain. Ingat2 balik seram jgk sbb selalu kena kacau dlm bas.
Quote elyssa 3-5-2017 05:17 PM
Edit.. double post
Quote cheergirlz 3-5-2017 06:27 PM
iols ketinggalan threads y lama..apa2 pon..mmg scary skunk..errmm...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054240 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top