|
Pembantu warden madrasah tahfiz yang didakwa mendera pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 hari ini.
Suspek yang berbaju lokap oren dan digari, tiba di Mahkamah Sesyen pada kira-kira pukul 12. 15 tengah hari, diiringi anggota polis. Hakim, Salawati Djambari membenarkan perintah itu dikeluarkan bagi membebaskan suspek berusia 29 tahun dengan seorang penjamin di bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan. Memetik laporan Mstar, suspek dilihat berdoa dan bersujud sebaik sahaja keluar dari bilik berkenaan. Dia ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera pelajar tahfiz iaitu Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di bawah Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001. Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu. Polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian pelajar madrasah tahfiz swasta di Kota Tinggi itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- CARI
|
|
9
![]() Bagus |
10
![]() Marah |
11
![]() Terkejut |
13
![]() Sedih |
5
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.056650 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.