Buah prun merupakan makanan tambahan kegemaran mereka yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Ini kerana buah prun yang masam-masam manis ini bukan sahaja sedap dan boleh dijadikan sebagai kudapan, malah ia dapat menangani kekurangan nutrien yang diperlukan tubuh. Selain itu ia juga membantu menguatkan tulang kerana lima biji prun (satu hidangan) mengandungi 3 gram serat, 293 mg potassium dan 16 mg magnesium. Jika anda mula bosan mengambil buah ini begitu sahaja, anda boleh menjadikannya bahan utama untuk membuat aiskrim yang sangat berkhasiat dan terjamin kelazatannya. Jom tengok bagaimana caranya! Untuk pengetahuan, resipi ini dapat menghasilkan enam batang aiskrim. Bahan: 10 biji prun Sunsweet 1 sudu besar madu 4 sudu besar air panas 1 sudu kecil ekstrak vanila asli 2 cawan yogurt biasa 2% Cara membuatnya: 1. Kisar prun Sunsweet dan air panas di dalam alat pemproses makanan sehingga halus. 2. Tambahkan yogurt, madu, vanila dan kisar lagi sehingga sebati. 3. Cedok campuran secara sama rata ke dalam 6 acuan aiskrim dan bekukan selama sekurang-kurangnya 4 jam. Pilihan: Tambahkan satu lapisan granola pada bahagian tengah aiskrim. Apa lagi? Ceriakan hari anda dengan aiskrim prun vanila berkrim dari Sunsweet ini! Nikmatinya bersama si dia atau keluarga tersayang menjadikan kenikmatannya berlipat ganda. - CARI
|
9
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
17
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT