CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lagi Kejadian Kena Halau Dari Pesawat, Kali Ini Bayi Pun Jadi Mangsa

5-5-2017 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6114| Komen: 23|Original author: Oleh: Myra Rozi

Nampaknya belum reda lagi  isu tentang syarikat penerbangan yang bertindak kasar terhadap penumpang pesawatnya.

Sebelum ini kita digemparkan dengan cerita seorang lelaki diheret keluar dari pesawat hingga kepalanya berdarah, kali ini melibatkan sebuah keluarga dengan bayi mereka.


Keluarga dari California ini mendakwa mereka telah dihalau keluar dari sebuah pesawat Delta Air Lines.

Foto: Apex.aer
Menurut laporan The Washington Post, Brian and Brittany Schear dari Huntington Beach mulanya menempah tempat duduk itu untuk anak lelakinya yang bernama Mason,18 namun disebabkan Mason sudah menaiki penerbangan yang lebih awal dari sebelum itu, maka tempat duduk itu mahu digantikan dengan anak lelakinya yang lagi satu iaitu bayi berusia 2 tahun.


Mereka telah diberitahu staf Delta sebelum ini pertukaran tersebut tidak menjadi masalah namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila sudah berada di dalam pesawat.


Seorang staf lain di dalam pesawat telah menghalau mereka dengan mengatakan, "Patuhi arahan yang diberikan atau kamu akan ke penjara."

Pertengkaran itu dirakam dan video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Brian menjelaskan bahawa dia mempunyai hak kerana sudah menempah dan membayar untuk tempat duduk tersebut.

Walau bagaimanapun penjelasan tersebut dibantah kerana hakikatnya adalah tempat duduk yang ditempah atas nama seseorang individu tidak boleh digantikan dengan mana-mana individu yang lain.

Rata-rata pengguna laman sosial yang menyaksikan rakaman ini mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.  Mereka mengatakan Brian hanya bersikap mementingkan diri tanpa memahami dengan jelas tentang syarat dan peraturan dalam penerbangan.


Walau bagaimanapun, Delta Airlines kemudiannya telah memohon maaf atas insiden berkenaan dan membayar ganti rugi. 

Insiden ini seharusnya dijadikan sebagai pengajaran bersama. Sebagai seorang pengguna atau pelanggan jangan hanya bersikap ego dengan mengatakan anda di pihak yang betul tanpa mengetahui peraturan yang sebenar.  -CARI 
14

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 5-5-2017 01:30 PM
Xhabis2 kes kena buang katebang. Airlines amareka mmg hauk sampah kesemuanya, xlayak langsung dibanding dgan airlines asia dan timur tengah
Quote nour2001 5-5-2017 01:33 PM
Dia dah bayar seat tu, pasal nak give up pada org lain...dahlah tak refund..delta suck..
Quote kabukiman 5-5-2017 01:54 PM
Airlines seat allocation work on check in. Passenger don't check in the seat goes to someone else. Can this be the case?
Quote buragazz 5-5-2017 02:10 PM
kabukiman replied at 5-5-2017 01:54 PM
Airlines seat allocation work on check in. Passenger don't check in the seat goes to someone else. C ...

yup.. tapi as yang aku faham telah dimaklumkan pada syarikat penerbangan.... disaat akhir pulak menjadi masaalah...

Yang kes menampor tu syarikat ni jugak kan
Quote tripleid 5-5-2017 02:24 PM
dodolgemok replied at 5-5-2017 01:30 PM
Xhabis2 kes kena buang katebang. Airlines amareka mmg hauk sampah kesemuanya, xlayak langsung diband ...

pastu puak2 ni jgklah yg mggelupur bila flight midel east masuk market us kaco bisnes dorg.Cash!

3 U.S. Legacy Airlines Hope Trump’s Administration Will Block Emirates Expansion

It seems unfair that Emirates, based in Dubai, would have rights to fly from Athens to Newark. But that right is codified in the Open Skies agreement between the United States and the United Arab Emirates. The Trump administration could revisit that agreement, but other U.S. businesses, especially logistics companies like FedEx, could suffer.
— Brian Sumers
Quote dodolgemok 5-5-2017 02:29 PM
tripleid replied at 5-5-2017 02:24 PM
pastu puak2 ni jgklah yg mggelupur bila flight midel east masuk market us kaco bisnes dorg.Cash!
...

Takpe, biar sekor2 kena halau dan dihina airlines sampah amareka. Kahkahkah...!!
Quote Nenasketum 5-5-2017 02:29 PM
Dunia nak kiamat oiiii.... a white man and his family discriminated in his own country. Ni kes terlebih amik booking ni. Infant cuma bayar a fraction of the full price. Nak buli lah tu. Kalau nak kata kes car seat not allowed, diorang takleh check in pun benda tu.
Quote jiwarasa 5-5-2017 03:11 PM
air asia pun ada dulu.. yg kat vietnam tu
Quote dusunmind 5-5-2017 03:39 PM
Kes kapal terbang lagi. Selalu sangat da kes kes layanan buruk ni..
Quote notsospecial007 5-5-2017 03:58 PM
kalo betul la dah maklumkan awal2 kpd airlines, patutnya xdak masalah.. misscomunication la tuu
Quote CrowneGlory 5-5-2017 04:14 PM
dlm kes ni akak rasa airline betul...sbb dorg bukan kesah siapa bayar tp nama tuan punya seat tu a.k.a penumpang...
Quote Levespa 5-5-2017 04:45 PM
memang tak boleh simply ganti dengan org lain tapi kenapa boleh lepas masuk? dah masuk halau pulak? so dua2 pihak salah.. sepatutnya  si daddy tu nak tukar nama kena make sure dapat ticket  baru dengan nama baby tu.. baru ada hitam putih
Quote SheDeviL 5-5-2017 04:51 PM
Ada lagi kes cmni..
Quote Wimamp05 6-5-2017 12:44 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:44 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:44 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:44 AM

Quote kiambang 6-5-2017 10:12 AM
Dieorang punya system ni tak kan tak boleh detect overbooked ...masa check in boleh tau apa ? Menyusahkan betul orang sah masuk pesawat baru nak halau ...
Quote nisako 6-5-2017 10:16 AM
aik tiba 2 byk pulak kes cm ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046748 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top