Rapper Drake dikejutkan dengan kenyataan seorang bekas bintang porno, Sophie Brussaux yang mendakwa sedang mengandungkan anak kepada lelaki tersebut.
Bukan itu sahaja, Brussaux dilaporkan memiliki mesej pesanan ringkas antara dia dan Drake berhubung hal tersebut. Memetik laporan TMZ, Drake dikatakan meminta wanita terbabit untuk menggugurkan kandungan tersebut melalui mesej pesanan ringkas yang dikatakan itu. "Saya mahu kandungan itu digugurkan." "Saya tak boleh membunuh bayi saya begitu sahaja hanya untuk memuaskan awak, sorry." Begitulah antara perbualan yang berlangsung antara keduanya menerusi mesej itu. Pihak jurucakap Drake pula menafikan hal tersebut dan berkata, "Jika ia merupakan anak kepada Drake, sudah tentu dia akan melakukan perkara yang betul terhadap anak itu." Team Drake turut menambah kenyataan kepada E!, "Wanita ini mempunyai latar belakang yang meragukan. Dia (Brussaux) pun telah mengakui mempunyai beberapa hubungan sebelum ini. Dialah salah satu wanita yang turut mendakwa Drake telah menyebabkan mereka mengandung." Pun begitu, pihak media mendedahkan sekeping gambar yang menunjukkan kedua-dua Drake dan wanita tersebut dalam sebuah restoran Jepun di Amsterdam pada penghujung Januari tahun ini, selepas dia berpisah dengan Jennifer Lopez. Dalam pada itu, Brussaux turut mendakwa kini kandungannya mencecah usia 3 bulan setengah dan bakal melahirkan bayi perempuan. - CARI |
25
Bagus |
27
Marah |
19
Terkejut |
31
Sedih |
43
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT