CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kononnya Berdaftar Dengan SSM, Syarikat Pelaburan Tipu Suri Rumah

6-5-2017 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6440| Komen: 45

Malang nasib seorang wanita apabila ditipu sebuah syarikat pelaburan sehingga mengalami kerugian RM175,000!


Foto: Sinar Harian


Memetik Sinar Harian, Siti Zuraida Awang, 36, mendakwa syarikat berkenaan menjanjikan imbuhan RM3.5 juta. Malah, tiga kenalan rapatnya yang memperkenalkan syarikat terbabit meyakinkan lagi Zuraida dengan mempamerkan dokumen kejayaan dan pulangan yang telah dirasai mereka.

Tambah suri rumah itu, dia mula percaya memandangkan syarikat itu juga didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selain diasaskan orang Melayu.

“Ekoran itu, saya turut mengeluarkan simpanan selain meminjam wang ibu dan ayah serta adik-beradik yang lain dan berjaya meyakinkan mereka bahawa skim pelaburan ini merupakan yang terbaik dan memberi pulangan modal yang banyak melalui jumlah modal yang dilaburkan.


"Selain itu, mereka kata sebagai ahli, saya boleh mengeluarkan sebanyak 10 peratus iaitu kira-kira RM350, 000 daripada jumlah keseluruhan.

"Namun, janji hanya tinggal janji apabila saya tidak mendapat sebarang keuntungan. Malah akaun saya di dalam syarikat itu telah dibekukan, kira-kira 80 ahli lain juga dipercayai gagal mendapatkan pulangan mereka," katanya.

Dakwa mangsa yang juga bekas penjawat awam, mereka boleh mendapatkan keuntungan tersebut dengan syarat, dia perlu mencari lebih ramai peserta bagi pelaburan serendah RM4,500.

"Keadaan ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana untuk mendapatkan modal tersebut saya telah menggadaikan barangan kemas, selain lima beradik serta ibu bapa turut menyumbangkan wang pelaburan.

"Pihak syarikat kini hanya memulangkan wang kira-kira RM100,000 dan ini jauh lebih rendah daripada modal yang dikeluarkan saya. Melalui maklumat yang saya dapat kira-kira 80 ahli lain yang sama kumpulan dengan saya turut mengalami masalah sama.

"Saya amat berharap syarikat terbabit memulangkan wang pelaburan serta mengikuti perjanjian yang dijanjikan oleh mereka," katanya. - CARI
19

Bagus
19

Marah
6

Terkejut
16

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 5-5-2017 10:59 PM
Owhh...kesian nya
Quote noraidil_06 5-5-2017 11:01 PM
skim ape pulak ni
Quote pearl.silver 5-5-2017 11:05 PM
Tak tau nk ckp
Kerja keras lah kak..byr balik hutang mak ayh adik beradik
Quote tripleid 5-5-2017 11:12 PM
mujur dia x pinjam duit along,kalo tak mmg jatuh ditimpa tangga la jwbnya
Quote bellxx 5-5-2017 11:14 PM
huaaa siannn banyak plakk tuuu
Quote TuntungReturn 5-5-2017 11:16 PM
x nak kesian. sebab diri sendiri xnk pikir.
Quote umbut 5-5-2017 11:31 PM
Labur 175k dpt 3.5 juta.... Amboi, tingginya angan2... Tapi punah segala impian...
p/s org tamak selalu rugi
Quote gigahertz 5-5-2017 11:32 PM
tripleid replied at 5-5-2017 03:12 PM
mujur dia x pinjam duit along,kalo tak mmg jatuh ditimpa tangga la jwbnya

pinjam dengan along tergadai body weh
Quote naina 5-5-2017 11:37 PM
Hadei..kesian termakan pujuk rayu..
Quote Buritan 5-5-2017 11:40 PM
Masuk asb dah laa kak oii.. kita org melayu tak brp pandai main main saham ni.. lainlaa cina mmg tera.. mmber kita duduk sebulan kat bskl belajar main saham.. kayo.. tengok luaran laa..
Quote Buritan 5-5-2017 11:40 PM
gigahertz replied at 5-5-2017 11:32 PM
pinjam dengan along tergadai body weh

Bukan tergadai body tergadai nyawa sekali
Quote CiliPadiSedap 5-5-2017 11:54 PM
wake up n bangkit. ni salah sendiri.. padan muka diri sendiri.. ilmu tiada kerja malas nak terus jadi jutawan..

say padan muka aku.. akak dah merasa.. jadi turn sis pula merasa...

down  seminggu, wake up bangkit.. pe barang hilang RM 175000, akak hilang berjuta. kes saman masih di mahkamah.. tunggu masa gulung tikar..

kalau RM 175 000 xboleh handle emosi kerugian jangan harap boleh jadi multimillionaire.. its not about value but emosional control, spiritual, maturity, lesson, speed learning and recovery..

Rm 175 000 tu celah gigi tony fernandes.. dia loss Rm 400 juta selamba je..
Quote CiliPadiSedap 6-5-2017 12:01 AM
game kena tipu dengan orang:

1) cover report with proven transaction
2) buat akuan sumpah or legal things
3) lantik lawyer untuk buat carian harta yang menipu
4) consult lawyer untuk saman penipu
5) kalau kes skim cpt kaya ambil cangkul gali kubur sendiri mostly burn, kalau kes akak niaga emas so possible menang kes 80%..
6) dirikan solat sesungguhnya orang yang sabar itu jaga solat pada waktunya
7)  relaxlay ramai org berjaya kena tipu, hidup kalau xkena tipu xinsaf..  asyik tamak cam anjing dan bayang2.. kalau kena tipu sekali dah give up jgn mimpi kau akan jd kaya raya..
8) mula cari network org kaya berkuli dengan org berjaya..
9) kerja keras mcm tan sri bukhari.. dia guru jalanan yg kaya ilmu pengalaman.. lagi kaya seseorang lagi banyak ilmu dan pengalaman dia dah lalui..
Quote syafarah_2k 6-5-2017 12:28 AM
Bodohnye

Mendapatlah..meratib duit lesap..dah la duit pinjaman
Quote Wimamp05 6-5-2017 12:37 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:37 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:37 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:37 AM

Quote dubuk 6-5-2017 07:20 AM
belajar untuk cakap TIDAK

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069617 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top