Donald Trump buat hal lagi! Kali ini Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memecat pengarah FBI James Comey yang mengetuai siasatan ke atas dakwaan campur tangan Rusia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden Amerika 2016.
Memetik Reuters, Trump mengambil keputusan drastik memecat Comey kerana menyiasat skandal e-mel pilihan raya membabitkan calon Demokrat, Hilary Clinton. Trump dalam suratnya kepada Comey berkata bekas pengarah itu tidak lagi mampu memberi kepimpinan berkesan. "Walaupun saya amat menghargai anda, namun saya bersetuju dengan penghakiman Jabatan Kehakiman bahawa anda tidak mampu memimpin biro dengan berkesan," katanya.
Sgelintir ahli politik Demokrat menyifatkan tindakan Trump 'hampir sama' dengan tindakan kontroversi bekas presiden, Richard Nixon pada 1973 yang menyaksikan Nixon memecat pendakwa raya khas yang sedang menyiasat skandal Watergate ketika itu. Rumah Putih bagaimanapun menafikan tindakan Trump itu bermotifkan politik. Sementara itu, Ketua Demokrat Senator Chuck Schumer berkata Trump telah melakukan 'kesilapan besar' apabila memecat Comey. Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat dari Parti Republikan, Senator Richard Burr yang turut memantau siasatan ke atas campur tangan Rusia ketika kempen pilihan raya Trump juga 'tidak senang' dengan pemecatan Comey itu. "Saya percaya pemecatan Comey.adalah satu kerugian besar kepada Biro dan negara," katanya. Terdahulu, agensi-agensi risikan di AS melaporkan Presiden Rusia, Vladimir Putin memerintahkan untuk mengganggu proses pilihan raya 2016 dengan tujuan membantu Trump. Rusia bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan Moscow dalam pilihan raya tersebut. - CARI
|
24
Bagus |
32
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT