Tidak asing lagi bagi artis bekerjasama dengan pengusaha baju raya dan mengeluarkan baju raya di bawah jenama mereka sendiri serta melakukan macam-macam promosi bagi memastikan orang ramai tertarik untuk membeli koleksi pakaian mereka.
Begitu juga dengan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sanggup terbang ke Kashmir, India untuk merakamkan video promosi jenama mereka yang dihasilkan mengikut tema Bollywood. Apa yang menarik, Aeril sanggup belajar tarian Bollywood daripada isterinya sendiri. "Kami memilih tema Bollywood kerana Wawa memang gemar filem Hindustan dan dia ingat semua tarian yang langsung saya tidak tahu.
"Saya pula tidak pandai menari tetapi bagi menjayakan rakaman itu Wawa mengajar saya hanya dalam masa singkat. "Alhamdulillah walaupun sedikit kekok tetapi saya berjaya juga laksanakannya," katanya kepada mStar Online. Bercerita mengenai kunjungan mereka ke Kashmir, penduduk yang ramah membantu mereka mendapatkan 16 kanak-kanak di kawasan itu untuk terbabit dalam penggambaran klip video selain memeriahkan lagi konsep ditampilkan. "Sebagai penghargaan kami hadiahkan baju yang dipakai selain membayar mereka kerana sudi membantu kami," katanya. Untuk pengetahuan, koleksi terbaru kolaborasi Wawa dan ShawlPublika itu menggunakan material kain sari yang jarang-jarang diketengahkan. Wah, menarik tu menggunakan material kain sari untuk menghasilkan baju raya. Pasti orang ramai dah mula mencari baju raya untuk sambutan Aidilfi yang bakal menjelang tak lama lagi. - CARI
|
11
Bagus |
23
Marah |
18
Terkejut |
31
Sedih |
33
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siputsedut replied at 11-5-2017 10:39 AM
Cantik view kashmir tu...kain saree x panas ke buat baju bertutup litup..raya tahun ni tah2 tgh kema ...
zuri154 replied at 11-5-2017 11:24 AM
aeril ni pandai jaga penampilan demi mengekalkan populariti dlm industri... compare dgn shah jazel.. ...
Miamorrr replied at 11-5-2017 11:59 AM
tak kemarau pun berpeluh ketiak time raya kak..hehe. agaknya ini untuk gi beraya tempat ada aircon ...
ADVERTISEMENT