Dunia hiburan hari ini menyaksikan lambakan artis tanah air terbabit dalam dunia perniagaan, malah mereka dilihat seperti berlumba-lumba menceburkan diri dalam bidang itu.
Dalam keghairahan artis lain mengambil kesempatan berniaga untuk menambah pendapatan sampingan, penyanyi Kaka Azraff pula mengakui tidak berminat menceburi bidang itu. "Jika tanya saya, memang saya tidak berminat dengan bisnes seperti kebanyakan rakan-rakan artis lain kerana ia memerlukan perhatian cukup tinggi. "Saya tiada perancangan ke arah itu (sekurang-kurangnya buat masa ini) kerana perhatian saya sekarang adalah kepada cinta pertama saya iaitu muzik," katanya kepada mStar Online.
Nor Atiqa Noor Azraff, 27, yang lebih mesra disapa Kaka menegaskan dia mahu merialisasikan impiannya untuk menghasilkan sebuah album penuh selepas hanya tampil dengan single. "Perhatian saya adalah untuk menghasilkan album, adakan konsert dan berkolaborasi dengan lebih ramai penyanyi-penyanyi selain membawa karier nyanyian ke tahap lebih tinggi. "Dengan situasi industri sekarang harus saya akui ia bukan mudah tetapi itu bukan halangan, malah sebagai penyanyi saya harus positif dan mengambil ia sebagai cabaran," ujarnya. Tiada salahnya Kaka tidak terikut dengan trend artis kini yang mempunyai perniagaan sendiri, sebaliknya memilih untuk mengukuhkan kedudukan di pentas seni. - CARI
|
21
Bagus |
33
Marah |
23
Terkejut |
20
Sedih |
23
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 11-5-2017 10:46 AM
xpernah suka lagu2 yg dia nyanyi..x kena di telinga aku. kalu keluar lagu bukan hal aku tu kt radio ...
bluecrystal replied at 12-5-2017 09:09 AM
Bukan ke dia Ada bisnes perfume..ke aku salah org
ADVERTISEMENT