CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Beri Nasihat Kepada Penunggang Motor, Tapi Kena 'Bahan' Semula Oleh Netizen

11-5-2017 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11400| Komen: 39|Original author: Oleh: Adib Za


Mungkin niatnya untuk membeli kesedaran kepada para penunggang motosikal yang sering dikatakan berhenti mengisi minyak bukan di tempat khas untuk motosikal.

Namun, sebaliknya perkongsian seorang netizen ini menerusi laman Penang Kini menerima kecaman daripada orang ramai.

"Saya sedikit kecewa dengan sesetengah pemandu motosikal di negara kita. Contoh pemandu di atas. Berhenti mengisi minyak bukan di tempat khas untuk motosikal. 

"Dah la isi kat tempat untuk kereta, boleh pula pegi shopping megi, rokok, keluarkan duit, beli surat khabar dah siap semua baru keluar untuk isi minyak," kritiknya, sambil menunjukkan sekeping gambar penunggang motosikal sedang mahu mengisi minyak. 


Katanya lagi, "Harap semua penunggang motosikal lebih cakna dengan perkara ini."

Pun begitu, pada ruangan komen berbeza pula penerimaannya. Mungkin kerana menganggap nasihat yang diberikan itu agak sensitif buat penunggang motosikal agaknya. 

Mereka rata-ratanya mengkritik semula netizen selaku pemandu kereta yang mengambil gambar tersebut. Mereka turut mengutuk sikap pemandu kereta di negara ini yang sering lupa diri ketika berada di jalan raya. 

"Kenapa hanya pengguna motosikal dipandang serong? Sedangkan pemandu kereta juga sering melakukannya begini?"

"Jangan nak salahkan yang bawa motosikal sahaja, salahkan juga pemandu kereta pun sama sahaja."

Begitulah antara komen yang dilontarkan di kalangan netizen lain.


Nampaknya yang ingin memberi nasihat tu, tak kena tempat dan gayanya kot? Atau bagaimana? - CARI 
5

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • embun

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 11-5-2017 07:07 PM
adoii kecoh btl
Quote hanisbunny 11-5-2017 07:11 PM
moknye jari heshe..ni mst terketar-ketar jejari dompot tu nk snap pic.. konon nk viralkan la..skl makan hencapan netizen jaa..
Quote Victorioussss 11-5-2017 07:29 PM
Tunggu moto isik minyak (kalau tak pergi shopping) bukan lama pun. Moto tank kecik. Spesis bawak kereta tak reti sabar camni la spesis yang suke pakai emergency lane time jem. Memang layak kene baling mangga solex kat emergency lane.

Sabar bang. Moto cub tank kecik je kot. Kau tu pun pernah park kete, cucuk duit, beli air oren, gi toilet masturbate, baru gi pam isik minyak. Jangan acah acah civic sangat kekonon
Quote Gendut 11-5-2017 08:45 PM
Krna bahan balik
Quote matchstick 11-5-2017 08:55 PM
Tu lah akibatnya bila sekecik2 perkara nk diadukan kt socmed.
Quote fefeeling 11-5-2017 08:55 PM
Taksub sgt nak share kan dah backfire lol
Quote merrissa 11-5-2017 09:19 PM


betoi la....nk isi minyak isi minyak je la...n isi la tempat di sediakan

n patotnya beliau ni cakap KEPADA SEMUA PENGGUNA KENDERAAN YG NAK ISI MINYAK....barulah x di hencap

pembawak kete pon bukan murni sgt perangainya


Quote nisako 11-5-2017 09:19 PM
kecoh betul le
Quote Esmiria 11-5-2017 09:32 PM
lu pk sndiri!
Quote LavaUollss 11-5-2017 09:59 PM
petak besar tu bukan spesifik untuk kereta saja ye. Takde tulis pun "for car only". Meaning moto pun boleh isi minyak jugak kat situ. Lagi pun berapa lama sangat moto isi minyak. Tapi kalau ko parking kat tempat isi minyak lepas tu ko masuk dalam pulak beli keropok la, pegi atm la, memang lahanat sangat tak kira ko bawak moto atau kereta. semoga orang yg selalu buat macam tu eksiden. terima kasih
Quote swimswim 11-5-2017 10:12 PM
hmmm lagi kesian penunggang moto kena tunggu kereta isi sampai full tank kot
Quote monxys 11-5-2017 11:13 PM
Alah..bertimbang rasalah sikit... itu pun nk virall
Quote marla69 11-5-2017 11:19 PM
Padan muka . Haha
Quote zawara 12-5-2017 01:40 AM
tahnyaaa.. tak reti sabar.. lg hanat perangai kete yg lepas isi myk tp xnk jln cpt2.. dok belek jerawat kt cermin dlu kejadahnya.. p berambus la cpt org blkng nk isi myk plak.. hegeh!!!
Quote dakewa 12-5-2017 02:52 AM
Makhluk yg parking keta ke moto kat tmpat petak isi minyak pastu pegi berak = celakaaa:
Quote B|NATANG 12-5-2017 07:31 AM
Itu macam ka
Quote LautBiru52 12-5-2017 08:10 AM
Baru tau ade pam khas utk motor..ala bab terhegeh2 tu motor kereta sama je..xde beza pun
Quote matseh 12-5-2017 08:57 AM
Mmg ada stesen2 yg sediakan tempar khas utk moto. Siap tulis khas utk Motosikal, sll dekat dgn counter. Ini kes lambat, belum masuk kes potong que. Kita dok tunggu kereta Pickup habis isi minyak, nak jalan tepi pam, baru nak lepas hand break, dia terus cilok. Huu menyirap darah. Maybe dia ada urusan lebih penting dari aku.
Aku pun bawak moto juga, tapi tak la kuanjaq mcm tu.
Quote leylapple 12-5-2017 09:01 AM
tp mmg penunggang motosikal ssh nak terima teguran...

dalm socmed yang ada traffic info, kalau si penunggang viralkan kereta, hampir semua komen akan hencap tuan punya kereta...

kalau ada org viralkan penunggang motosikal, tukang viral pulak yang kena..

kesimpulan nya, aku rasa minah/mat motor nie byk masa nak bukak pesbuk...barangkali setimpal dgn earning and spending on road equipment

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.141540 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top