CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Barang Di Lazada Dan Bayar Di 7-Eleven! Mudah, Kan?

12-5-2017 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9743| Komen: 62

Dalam zaman jaringan atau internet yang semakin pesat ini, membeli barangan atas talian telah menjadi trend yang tidak dapat dielakkan, khususnya masyarakat moden yang sibuk dengan urusan harian, oleh kerana itu, membeli barangan atas talian menjadi pilihan utama. 


Platform khidmat membeli belah atas talian di Malaysia, Lazada Malaysia kelmarin mengumumkan, bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati kemudahan membeli belah atas talian, kini telah menawarkan perkhidmatan pembayaran secara fizikal di kaunter pengendali rangkaian kedai serbaaneka, 7-Eleven di seluruh negara.

Perkhidmatan pembayaran baharu itu hasil kerjasama Lazada Malaysia dengan 7-Eleven dan rakan strategik dan penyedia teknologi, MOLPay.

Menerusi kerjasama itu, pelanggan yang tiada kad kredit atau bimbang risiko membuat bayaran atas talian, mereka tetap boleh menikmati khidmat membeli belah atas talian di Lazada Malaysia dengan membuat pembayaran secara fizikal atau luar talian (offline).

Dengan cara mudah, pelanggan yang mengesahkan tempahan dalam talian dan memilih 7-Eleven sebagai pilihan pembayaran, hanya perlu menunjukkan bukti cetakan slip atau kod SMS pembelian dalam talian di Lazada Malaysia kepada juruwang di semua kaunter cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia yang beroperasi 24 jam selama tujuh hari sepanjang tahun iaitu 365 hari.


Berikut adalah kaedah pembayaran luar talian (offline) Lazada:

* Pelanggan Lazada Malaysia membuat pengesahan tempahan secara dalam talian 

* Memilih 7-Eleven sebagai pilihan pembayaran 

* Menerima kod SMS atau mencetak salinan pembelian tempahan 

* Dalam tempoh 48 jam selepas membuat tempahan, bawa kod SMS tersebut dan tunjuk kepada juruwang 7-Eleven untuk 'scan', kemudian buat pembayaran tunai, maka selesai urusan jual beli. 

* Selepas selesai membayar di kaunter, anda akan terima notis pemberitahuan bayaran dari Lazada, akhir sekali anda cuma perlu menunggu barangan tempahan itu dihantar ke rumah anda.- CARI


20

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 12-5-2017 11:04 AM
Wahhh...ni yg best..tak yah risau tak cukup duit lam bank
Quote wajevo 12-5-2017 11:05 AM
Bagus ni.  
Quote mat_arof 12-5-2017 11:07 AM
wahhh...makin bagus dan senang...

Quote pr3ttytw33ty 12-5-2017 11:08 AM
Gud pymnt method for those yg takde online banking, dc or cc. Tp dah satu hal plak nk g menapak ke 7e. Busuk2 pn wat lh satu online banking, senang je pn. Beronline shopping boley plak ye dok
Quote dusunmind 12-5-2017 11:45 AM
Kot tetiba tak cukup baki dlm bank?  Ini mudah da ble trus ke 7e beli megi cup.
Quote cekelatkopi 12-5-2017 11:46 AM
Mcm kat thailand
Quote tagas 12-5-2017 11:54 AM
lazada sent kasut kat ofiz aku

rileks2 jer cod

transaction immediately gituh
Quote finesse 12-5-2017 12:03 PM
Siapa abg lazada dlm gambar tu?
@pooh~key
Quote Artemesiaa 12-5-2017 12:04 PM
Lebih banyak pilihan cara pembayaran lebih ramai le nak membeli
Quote lindarafee 12-5-2017 12:09 PM
bagus bagi yg x de online banking dan cc
Quote alesandra 12-5-2017 12:32 PM
aku kalau cara gini alang2 baik COD jah.tapi ada gak area diorg tak cover kan
Quote MsKathryn 12-5-2017 12:37 PM
Bagus la ada option baru..
Quote krustykrab 12-5-2017 12:37 PM
aku kalau beli online, pilih yg COD...rasa lebih selamat dan cepat sikit brg dihtr
Quote kelapaparut 12-5-2017 12:55 PM
finesse replied at 12-5-2017 12:03 PM
Siapa abg lazada dlm gambar tu?
@pooh~key

Tu lah iols pun tertanya2 jugak   mcm mamat filipina je, anyway mcm complicated pulak beli kat lazada tunggu 48jam pi 7e scan byr pastu tunggu sms pengesahan ohh my god byk keje pulak
Quote swimswim 12-5-2017 12:55 PM
Flexible nya 7e ni. Bagus
Quote mejaputih 12-5-2017 01:04 PM
patutla br ni purchase brg kat lazada ada pilihan bayaran 7eleven..ingat ke apa la 7eleven ni..bagus jugak camni sbb selalu susah nk byr online sbb bank islam xde dalam pilihan online banking lazada
Quote syeffy0291 12-5-2017 01:07 PM
Tp iols lagu suke transfer duit je senang x payah nk kluar2 ..bleh shopping online smbil baring goyang kaki .then tunggu mase barang sampai
Quote febreze 12-5-2017 01:20 PM
menarik..menyenangkan org ramai
Quote zeed 12-5-2017 01:29 PM
Dah mcm kat jepun..i loike..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.080218 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top