CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sepi Dari Dunia Seni, Liyana Jasmay Tumpu Bisnes Jenama Baju Sendiri

12-5-2017 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35893| Komen: 309|Original author: Oleh: Myra Rozi

Belum mencecah usia 30 tahun, Liyana Jasmay sudah bergelar seorang pelakon, penerbit, penyanyi dan usahawan melalui jenamanya sendiri, Mermaid Luxe.

Pelakon yang terkenal dengan keletahnya yang manja dan lincah ini juga sebenarnya seorang yang berjiwa kental dan tidak mudah putus asa.

"Keluarga terutamanya bapa, ibu, kakak dan suami adalah pendorong utama kerana kalau tiada mereka semua ini tidak akan terjadi," katanya kepada mStar Online.

Foto: mStar Online
Walaupun bergelar seorang selebriti, baginya tiada jalan mudah dalam hidup dan apa yang penting adalah berusaha keras dalam apa juga yang dilakukan.

Dia sendiri mengambil masa lebih setahun untuk tampil dengan projek Mermaid Luxe Raya Wonderland dan cuba menjual produknya ke beberapa pusat beli-belah dan perlu melalui prosedur sama seperti mana peniaga lain.


"Apabila melibatkan perniagaan saya profesional kerana produk yang saya keluarkan adalah berkualiti dan eksklusif," katanya.

Foto: mStar Online
Bukan tidak mahu menyertai bazar atau karnival, Liyana mengatakan yang Mermaid Luxe mempunyai sasarannya yang tersendiri iaitu dijual di gedung beli-belah dalam menjaga standard dan nilai eksklusifnya.

"Koleksi ini ada tiga jenis iaitu Candy yang menggambarkan diri saya, Elegance untuk yang sukakan kemewahan dan Classic bagi penggemar baju kurung moden ringkas."

Foto: IG Liyana Jasmay
Patutlah agak sepi dalam industri seni, rupanya memang sedang menumpukan perhatian terhadap bisnes.

Apa lagi, peminat di luar sana bolehlah dapatkan koleksi dari Liyana Jasmay, boleh melaram habis masa raya nanti. -CARI

21

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
24

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiambang 11-5-2017 06:04 PM
Kawan kawan dia kot yang membeli.. terlalu exclusive sgt
Quote katibism 11-5-2017 06:10 PM
kiambang replied at 11-5-2017 06:04 PM
Kawan kawan dia kot yang membeli.. terlalu exclusive sgt

Eksklusif sangat....sampai dah xde market walopn value masih ada
Quote bobok_berhabok 11-5-2017 06:11 PM
pada i , dia famous sebab filem2 yang dia berlakon zaman filem Bade dulu . filem2 tu sendiri memang best so dia dapat tempias.

lepas tu filem Papadom ngn Afdlin pon best masa tu so dia dapat fame tu.

yang lain semua filem tak best dia berlakon .

jadi penyanyi pon tak meletops pon sebab dia nyanyi biasa2 je.

so sebenarnya dia memang biasa2 je .

tapi i suka dia comel
Quote sepitsiput 11-5-2017 06:15 PM
dia ni kalau x acah acah Blair waldof masa tgh top dulu meols rasa boleh ja sustain

p/s : siapa boleh. lupa kejadian sheols speaking BM di shout awards setelah bertahun gigih cakap melayu selang seli omputih dgn accent new york vagai?
Quote blingblings 11-5-2017 06:15 PM
anak jutawan, kalau hodohpun nampak elok jekkk
statement kat melodi nampak riak sgt dikk
Quote kikiharris 11-5-2017 06:16 PM
sebab takda aura
Quote kakiseboksebok 11-5-2017 06:20 PM
Meols rasa aura sheols dah habis.
Quote cmf_premierleag 11-5-2017 06:22 PM
Bestnye jd anak jutawan, isteri org kaya
Quote Ferr_Remy 11-5-2017 06:24 PM
Waktu dr dlu pun mmg da sendu. X tau la kensss klu dlu fofuler sbb iols ni layan retis antarabangsa je yachhh
Quote aechae 11-5-2017 06:25 PM
kakiseboksebok replied at 11-5-2017 06:20 PM
Meols rasa aura sheols dah habis.

Iols xpnah rsa dia beraura  
Quote vender 11-5-2017 06:26 PM
Dia ni species org yg dpt rezeki terpijak je sebenarnya..sorry..
Quote diamondhoney 11-5-2017 06:28 PM
Dia sgt comel pada mata iols,, mgkn iols suka muka jenis gini kot
Quote coqsukun 11-5-2017 06:29 PM
Sebab poyo
Quote masdiana-ana 11-5-2017 06:40 PM
Tak pernah Suka dia... Next
Quote M.Rose 11-5-2017 06:41 PM
Dia belakon ok je pd aku. Nmpk natural tak kayukayan.
Quote ffbeauties 11-5-2017 06:46 PM
Mujurlah dia sendu mmg tak bleh blah tgk cara dan ayat dia bercakap, ada sedikit kepoyoan, kebagusan di situ
Quote datinamanda 11-5-2017 06:53 PM
Sebab dah tua kot wlaupun muka budak2 lagi.
Quote Esmiria 11-5-2017 06:55 PM
aku knl dia time drama suri Tu..yg watak dia kna anaya oleh watak nabila.Aku dh lupa Tajuk Tu..suri lah lbih kurang
Quote rosevelvet 11-5-2017 06:58 PM
Mampu kuar single wpun suara x cukup umph utk jd penyanyi sbb dia ada uang. Ada ke org demand dia nyanyi... Maksud i yg berbayar

Lihat semua komen(309)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.062912 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top