Seorang bayi rentung manakala ibu bapanya cedera dalam kebakaran rumah kongsi di Ladang Tangkarason di Beluran, kira-kira 200 kilometer (km) dari Sandakan, malam semalam.
Mangsa yang menemui ajal baru berusia 11 bulan dikenali sebagai Ainur Jiman, manakala ibu bapanya bernama Adittri Rahman dan Jiman Alimuddin didapati melecur dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu. Memetik laporan Bernama, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan hanya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.45 pagi tadi. Katanya, pasukan bomba mengambil masa tujuh jam untuk sampai ke lokasi terbabit berikutan jarak yang jauh dan keadaan jalan yang hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda. "Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah rumah kongsi yang mempunyai 10 pintu jenis separuh kekal musnah terbakar."
"Mayat bayi yang rentung dibawa keluar dari lokasi itu oleh pihak polis pada jam 2 petang tadi untuk dihantar ke Hospital Pitas," katanya.- CARI |
Pajeri_Nenas replied at 11-5-2017 11:03 PM
sana takdak tnb kan? tnb agak cekap
ADVERTISEMENT