Penyanyi rap terkenal dunia, Sean Comb didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas tukang masak peribadinya, Cindy Rueda. Sean atau lebih dikenali sebagai P.Diddy dikatakan sering meminta Cindy Rueda untuk menyediakan makanan untuk dia rakan-rakannya ketika atau selepas mereka melakukan hubungan seks.
Bukan itu sahaja, chef itu juga pernah menghidangkan makanan semasa P. Diddy berbogel dan ditanya adalah dia sukakan tubuh badannya. Menurut laporan NY Daily News, kawan penyanyi tersebut juga pernah masuk ke dapur dalam keadaan bogel dan meminta Cindy untuk melihat kemaluannya. Dalam affidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, wanita itu memberitahu dia turut diperangkap kerana mencuri sebelum dipecat kerana mengadu tentang gangguan seksual yang berlaku.
Cindy turut menfailkan saman terhadap Diddy kerana tekanan melampau dan gagal untuk membayar wang untuk kerja lebih masa. Walau bagaimanapun semua dakwaan tersebut ditepis oleh pelantun lagu I Need A Girl itu dengan mengatakan ia sebagai fitnah oleh Cindy yang tidak berpuas hati kerana dirinya dipecat. Apa pun nantikan sahaja keptusan dari mahkamah dan kita lihat siapa sebenarnya di pihak yang benar.-CARI
|
20
Bagus |
21
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Rainrein replied at 12-5-2017 02:48 PM
Nigga gilo. Ko ingat body ko tuh tasty sangat sampai semua pompuan tingin.
felinecat replied at 13-5-2017 12:34 AM
tgok gambo die yg atas. kt leher, mcm.kene sakit kulit je
ADVERTISEMENT