CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Elak Meniru, Pelajar Perempuan Dipaksa Tanggal Coli Sebelum Peperiksaan

12-5-2017 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10727| Komen: 31|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Kejam dan tidak masuk akal pula apabila pelajar perempuan dipaksa membuka coli untuk masuk ke dewan peperiksaan.

Namun itulah hakikat yang perlu dilakukan di sekolah perubatan terkemuka di India bagi mengelakkan masalah meniru ketika peperiksaan yang dilihat semakin menjadi-jadi.

Difahamkan, pihak sekolah tersebut telah memasang alat pengesan logam dan membuat senarai pakaian yang tidak dibenarkan dipakai termasuk pakaian gelap, lengan panjang, lencana, keronsang, kasut tertutup serta sarung kaki. 

Walaupun coli dibenarkan dan tiada dalam senarai pakaian yang dilarang, namun seorang pelajar perempuan bernasib malang apabila dipaksa membuka coli selepas alat pengesan logam itu berbunyi beberapa minit sahaja sebelum bermulanya peperiksaan.



Memetik World of Buzz, kejadian berlaku pada hari Ahad ketika pelajar tersebut berada di Pusat Peperiksaan Kerala.

Pelajar yang tidak dapat dikenal pasti itu turut memberitahu bahawa dia serta merta hilang keyakinan diri apabila disuruh menanggalkan coli di hadapan pelajar lain. 

"Ketika itu, penjaga peperiksaan memberitahu jika saya tidak membuka coli, saya tidak akan dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan kerana cangkuk pada coli tersebut diperbuat daripada logam. Jadi saya akur membuka coli saya di situ juga dan menyerahkan kepada ibu saya yang sedang menunggu di luar,” katanya.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki turut memberitahu bahawa anak gadis mereka dipaksa membuka butang seluar jeans kerana butang seluar itu diperbuat daripada logam.

Kredit foto - 


Pengetua sekolah tersebut, Jalaluddin K memberitahu bahawa dia sama sekali tidak tahu akan insiden itu namun menegaskan bahawa ia adalah prosedur biasa.

"Kami sudah menjelaskan bahawa jika alat pengesan itu berbunyi, tiada siapa yang dibenarkan masuk. Jika ia berbunyi, kami akan meminta peajar untuk membuka atau menanggalkan apa yang ada pada mereka,” katanya.

Syukurlah di Malaysia tidak ada peraturan seperti ini, mungkin kerana peratusan pelajar meniru ketika peperiksaan adalah amat rendah di negara kita. Tetapi bila difikirkan semula, bolehkah coli dijadikan sebagai "toyol" sewaktu peperiksaan? - CARI



22

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 12-5-2017 05:49 PM
baru nk tulis nape x bakai bra yg non-wired..rupa nya cangkuk belakang tu pun x boleh. gile lah.

senang ko pakai kain ihram je gi jwb exam dekk
Quote chacon 12-5-2017 05:51 PM
karala? ooh teringat pulak kat mamak kerala yg sorang tu
Quote cik-jaja 12-5-2017 05:55 PM
bapak ahhh xd toleransi langsung
Quote WhiskeyScotch 12-5-2017 06:09 PM
Overnya. Kalah security airport.
Quote estrelle 12-5-2017 06:21 PM
Berkemban jelah dekk.
Quote apalancut 12-5-2017 06:30 PM
nasib baik yindia, kurang la selera sikit.
Quote beautifulliar 12-5-2017 07:04 PM
Dh tu tak pkai coli cane selesa ke nk jawab pekse tu..sejuk je nanti berangin
Quote prettyuglybabe 12-5-2017 07:31 PM
malaysia masih selamat la..
toyol guna kertas je
Quote anikarma 12-5-2017 07:39 PM
Apa kene mengene logam dgn menipu ni...
Quote marla69 12-5-2017 09:05 PM
Huhhh..vongok nyer
Quote miznora 12-5-2017 11:28 PM
bergoyang2 lah dua bukit sambil jln nak pegi meja exam hahaha
Quote spiderman80 12-5-2017 11:41 PM
Ingatkan kat China.
Quote husie91 12-5-2017 11:41 PM
Tetiba terfikir kenapa la dulu masa study tak teringat nak buat macam ni iols slalu ada niat nak mniru tp tak buat pon sbb taktau cana nak meniru
Quote febreze 12-5-2017 11:56 PM
seksi tu jwb exam x pakai bra..nipple gesel2 kat meja ahaks ahaks
Quote Gendut 13-5-2017 12:00 AM
Peraturan memalukan
Quote ffbeauties 13-5-2017 12:09 AM
X faham la. Apa kegunaan log besi ni semua dgn jwb periksa. Kat india dorang buat toyol ukir atas logam ke cane ni
Quote merrissa 13-5-2017 12:12 AM
eleh kalo nak meniru...gune apa pon bolehhhhh
Quote glump 13-5-2017 06:21 AM
Kenapa x boleh ada logam.jawap exam,x kena mengena.X faham peraturan pelik
Quote trakea 13-5-2017 06:48 AM
Rakyat india semua jangan bimbang. Lama kelamaan biasalah nanti.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046355 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top