|
"Sudah tentu setiap insan bila dah kahwin nak mempunyai zuriat sendiri. Ada satu keterujaan kerana ia satu anugerah terindah bagi saya."
Demikian luahan keterujaan dan perkongsian gembira bercampur aduk dengan perasaan gemuruh buat atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli yang sedang menanti kehadiran anak sulungnya yang dijangka lahir pada Ogos ini. Zuriat sememangnya merupakan impian buat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga kerana ianya ibarat penyeri dan pelengkap perkahwinan yang terjalin. Memetik laporan Mstar, ditanya mengenai jantina bayi yang akan dilahirkan nanti, Ziyad berkata berdasarkan imbasan baru-baru ini, doktor beritahu berkemungkinan besar jantina kandungan adalah perempuan. Namun bagi Ziyad yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi, apa yang paling penting adalah anak yang dilahirkan nanti sihat, manakala jantina zuriatnya dia terima saja. Pada masa sama, Ziyad turut bersyukur kerana proses kehamilan isterinya berjalan dengan lancar.
Ziyad menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir pada 11 November tahun lalu.- CARI |
|
33
![]() Bagus |
26
![]() Marah |
25
![]() Terkejut |
32
![]() Sedih |
27
![]() Lawak |
22
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.445702 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.