CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Kerana Kek Hari Jadi, Empat Sekeluarga Dihalau Keluar Dari Pesawat JetBlue

15-5-2017 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6481| Komen: 38

Hanya kerana membawa kek hari jadi yang dibelikan untuk ibu mereka, empat sekeluarga dihalau keluar dari sebuah pesawat penerbangan.

Memetik laporan NY Daily Mail, ketika kejadian, keluarga terbabit dikatakan menaiki penerbangan JetBlue dari New York ke Las Vegas. Ayah kepada dua orang anak itu dikenali sebagai Cameron Burke berkata kek itu dibawa untuk sambutan hari jadi isterinya dan ketika berada di pesawat, kek tersebut telah diletak pada tempat yang diarah oleh krew kabin iaitu di atas tempat duduk yang juga merupakan tempat simpanan barang. 


Namun demikian, terdapat krew kabin mempertikaikan mengenai tempat kek itu disimpan, sehinggakan kedua-dua pihak mula bergaduh.
 
Selepas itu, mereka diminta keluar dari pesawat oleh krew kabin yang turut menghubungi pegawai polis untuk bantuan. 

Akan tetapi, keluarga tersebut menjelaskan punca pertengkaran kepada pihak polis dan salah seorang pengawai polis berpendapat keluarga Burke tidak melakukan sebarang kesalahan. 


Tidak berakhir di situ sahaja, krew kabin turut mengarahkan semua penumpang turun dari pesawat berkenaan. Tindakan krew kabin itu adalah semata-mata untuk memaksa keluarga Burke yang enggan turun dari pesawat itu. 

Walau bagaimanapun, akhirnya keluarga Burke mendapat semula jumlah wang bayaran tiket penerbangan.

Kini, difahamkan keluarga Burke bersedia mendakwa syarikat penerbangan JetBlue, namun dilaporkan syarikat penerbangan itu pula menuduh keluarga Burke tidak mematuhi arahan syarikat penerbangan itu.- CARI

12

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 15-5-2017 03:01 PM
Sebab kek je halau semua orang??? Period lencun ke hari tu?
Quote batmana 15-5-2017 03:06 PM
ape tak keras ke kek tu dibawa sana sini
Quote Artemesiaa 15-5-2017 03:15 PM
Hadoi pasal kek pun boleh kecoh
Quote CrowneGlory 15-5-2017 03:16 PM
Apa nk heran ...otak taraf mana jah krew kabin
Quote mieymiey 15-5-2017 03:19 PM
Hadoi la, kesian kek jadi punca pergaduhan
Quote zackry14 15-5-2017 03:20 PM
Quote Potpouri 15-5-2017 03:23 PM
Kalau dh tak boleh bawa tinggalkan atau buang je kek tu. Nt dh sampai beli kek baru
Quote FanTasyCreaTioN 15-5-2017 03:24 PM
[youtube]cOdpiRY0Gc4[/youtube]

baca komen-komen kat link utube tu..antara nya ..
The police took statements from the flight crew and witnesses.

Because there was no space for the cake close to them, the family knowingly decided to put the cake in a compartment reserved for safety equipment, it was fully labeled as such and even had safety equipment in it, the flight attended saw this and told them several times, repeating that the cake had to be moved to another compartment, this was standard procedure and leaving the cake there would be a security risk.

The cake was going to be moved to a compartment away from the family and they took issue with that by refusing, when the flight attendant warning them this time with removal they began yelling, cursing and threatening the staff members.

The flight attendant was not "drunk" it was an excuse for their own behavior.

The video is after the events when security was called in to remove the passengers and everyone including the family had calmed down, the father was recording the whole time yet he chose that small length of video after the incident to post it online.





Quote skinsandstars 15-5-2017 03:28 PM
Batak sgt perangai. Kalau takleh tu, janganlah. Ikut lah peraturan. Pastu nak drama. Pprt sgt.
Quote kasibiman 15-5-2017 03:32 PM
rednecks ikot pangai tiongkok tanah besar... all over a farking cake
Quote beautifulliar 15-5-2017 03:32 PM
Hemboi.kek pun nk bwk kulu kilir
Quote kucen_miang 15-5-2017 03:39 PM
depa kat JetBlue tak tau lagi org msia dok hangkut kepok lekor, terubuk masin, budu bagai naik flight.
Quote RatuDunia94 15-5-2017 03:50 PM
This is Jet-beluw? Jet-beluw...
Quote BebeQ 15-5-2017 04:08 PM
kalau disebabkan sambal belacan hingga diperlakukan begini, munasabah juga.
Quote Modngengade 15-5-2017 04:18 PM
FanTasyCreaTioN replied at 15-5-2017 07:24 AM
baca komen-komen kat link utube tu..antara nya ..

biasalah dekk, play victim konon2nya....

perkara yg sama pun sering berlaku di tanahair,  post video sekerat....konon2 jadi mangsa....kebiasaannya ummah jinjang yg suka buat mcm ni...x sangka kokesen pun sama

Quote iznanaziz 15-5-2017 04:20 PM
mieymiey replied at 15-5-2017 03:19 PM
Hadoi la, kesian kek jadi punca pergaduhan

mmg tak boleh bawak makanan ke atas flight ya?
Quote gujiwa 15-5-2017 04:24 PM
teringat plak aku kes org gaji sorok emas dalam kek
punye la beriya suruh majikan dia patah balik semata2x kek tu..

Quote FanTasyCreaTioN 15-5-2017 04:26 PM
Modngengade replied at 15-5-2017 04:18 PM
biasalah dekk, play victim konon2nya....

perkara yg sama pun sering berlaku di tanahair,  post  ...
sebab tu kadang suka baca baca ja kaka
kena tau mula nya camna
siapa memulakan
bukan sekerat-sekerat camtu

psstt!!~ OT
ada wish untuk kaka kat link d bawah
tagged tak menjadi
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1028465&page=23#pid65290040
Quote FanTasyCreaTioN 15-5-2017 04:29 PM
kucen_miang replied at 15-5-2017 03:39 PM
depa kat JetBlue tak tau lagi org msia dok hangkut kepok lekor, terubuk masin, budu bagai naik fligh ...
tergelak terus baca komen

pernah buat dan lepas
terubuk masin .. dap tu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.140618 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top