CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Syarikat Tempatan Turut Diserang Perisian Berniat Jahat 'WannaCry'

16-5-2017 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11230| Komen: 123

Selepas tiga hari serangan ransomware WannaCry disebarkan sehingga menjejaskan 200,000 buah komputer di 150 negara, namun yang terbaru dilaporkan terdapat dua syarikat tempatan telah mengalami serangan perisian berniat jahat itu.


Menurut syarikat perkhidmatan keselamatan IT LGMS, kes pertama di Malaysia melibatkan seorang pengarah di mana komputer bimbit salah seorang pelanggannya mengalami serangan itu, pagi Sabtu.

Memetik laporan Mstar, pengasas LGMS C.F. Fong berkata, data dalam komputer riba itu terpaksa dipadamkan kerana individu berkenaan tidak mahu membayar 'tebusan' AS$300 (RM1,300).

Ransomware sama muncul dalam komputer di sebuah kedai automotif pada pagi Ahad.

"Selain memutuskan sambungan komputer dari rangkaian, tidak banyak perkara lain yang dapat mereka lakukan," katanya.

Sehingga jam 3 petang Isnin, laman web yang mengesan insiden jangkitan WannaCry mula menunjukkan 'tanda' di kawasan Lembah Klang.


Laman web ini memaparkan tanda setiap kali komputer yang dijangkiti mengesan ping pada pelayan, sekali gus membolehkan ia untuk memetakan taburan geografi jangkitan WannaCry.

Ransomware WannaCry yang menyulitkan data pada komputer yang mengalami jangkitan, menghalang pengguna daripada mengakses masuk.- CARI

sumber: 

13

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
19

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 16-5-2017 11:19 AM
klo cari terkena cmne ye
Quote Madel 16-5-2017 11:44 AM
Dari semalam aku tunggu news ni..baru ari ni masuk CI..
Abg aku ckp..giler penat dia semalam sebab virus ransonware ni la.nak gi makan kencing pun tak dan...1 dunia kena...pelik aku kenapa kat forum cari tak ada yg alert..
Quote pearl.silver 16-5-2017 11:50 AM
Kalau infected, apa jd kat komputer kita?
Quote AbukRokok 16-5-2017 11:54 AM
Madel replied at 16-5-2017 11:44 AM
Dari semalam aku tunggu news ni..baru ari ni masuk CI..
Abg aku ckp..giler penat dia semalam sebab  ...

kita mengamalkan tabiat berinternet yg selamat tidak membuka atau mengklik pautan dari email yang tidak tahu punca
tapi ai rasa dari dorang xnak bayar tebusan dorang hilang data baik dorang bayar.... data dah lama terkumpul mana nak dpt balik berbandingh bayar ratus ratus...data hilang nak recover balik dalam hdd ambik masa...dan belum tentu 100% recover.... byaar je la pakai duit kompeni

Quote krustykrab 16-5-2017 11:54 AM
Edited by krustykrab at 16-5-2017 11:57 AM
pearl.silver replied at 16-5-2017 11:50 AM
Kalau infected, apa jd kat komputer kita?

dia kontrol semua data2 kita, kalau mau balik kena bayar wang tebusan...ala ala mcm yg suluk tangkap warga asing pastu mintak duit kalau nak diorg ni selamat la


ni aku share sikit

Impact
·       Encrypt user files and demand ransom to decrypt thefiles for USD300 to USD600 worth of Bitcoin.
·       Temporary or permanent loss of sensitive orproprietary information,
·       Disruption to regular operations,
·       Financial losses incurred to restore systems andfiles, and
·       Potential harm to an organization’s reputation.
Note: Paying the ransom does not guarantee theencrypted files will be released; it only guarantees that the malicious actorsreceive the victim’s money, and in some cases, their banking information. Inaddition, decrypting files does not mean the malware infection itself has beenremoved.
Quote AbukRokok 16-5-2017 11:56 AM
pearl.silver replied at 16-5-2017 11:50 AM
Kalau infected, apa jd kat komputer kita?

xleh masuk dlm komputer selagi xbyar
hilang lah kertas kerja,,,movie...muzik..gambar
hilang tu semua umpama hilang sepruh nyawa yang dah digunakan utk data2 tu...sia sia.

Quote pichee 16-5-2017 11:58 AM
Klu save kt google drive ok x?
Quote myakayina 16-5-2017 12:01 PM
pichee replied at 16-5-2017 11:58 AM
Klu save kt google drive ok x?

kann..tapi aku save kat hard disc jgk utk back up.. hrp google tak kena lah..
Quote Madel 16-5-2017 12:01 PM
AbukRokok replied at 16-5-2017 11:54 AM
kita mengamalkan tabiat berinternet yg selamat tidak membuka atau mengklik pautan dari email yang  ...

Rakyat msia pun sejenis ummah yg lebih pentingkan hiburan..menda2 alah mcm gini depa bukan alert pun..

Quote alieyrina 16-5-2017 12:22 PM
Tempat keja aku dh warning siap2..bukannya kami ada tenet pun kt opis..bos2 saja la ..
Quote buragazz 16-5-2017 12:34 PM
IT aku pun dok hantor memo suruh log off pc before balik... maklum le senah2 kat sini malas nak log off  so tutup monitor jer.. klu kene attack memang pitam nak2 purchasing...

Quote grouper 16-5-2017 12:34 PM
microsoft dah kuar security patch utk blok wana ni...cpt2 le update.
Quote Madel 16-5-2017 12:53 PM
Mana yg nak pakai duit..baik gi amik siap2...mesin atm pun dah kena
Quote zawara 16-5-2017 12:54 PM
CARI-LTS replied at 16-5-2017 11:09 AM
Selepas tiga hari serangan ransomware WannaCry disebarkan sehingga menjejaskan 200,000 buah komputer ...

lepas bayar kompem dapat balik ke?
Quote matchstick 16-5-2017 01:00 PM
jgn lah kena kt laptop aku.. habislah citer korea yg aku gigih mendownload selama ini dgn kuota data intenet yg ciput
Quote nisako 16-5-2017 01:05 PM
hishhhh mcm mcm laaaaa
Quote finesse 16-5-2017 01:08 PM
matchstick replied at 16-5-2017 01:00 PM
jgn lah kena kt laptop aku.. habislah citer korea yg aku gigih mendownload selama ini dgn kuota data ...

Kasihan.. tp laptop rakyat marhaen mcm kita pun diorh hadap gk ke  
Quote insulin 16-5-2017 01:13 PM
Madel replied at 16-5-2017 11:44 AM
Dari semalam aku tunggu news ni..baru ari ni masuk CI..
Abg aku ckp..giler penat dia semalam sebab  ...

Hmmm.... Ruginya aku x create thread pasal malware WannaCry ni....
Quote insulin 16-5-2017 01:16 PM
Errr.... Korang semua... Mohon upgrade Windows korang ye.. Janganlah kemut sangat sehinggakan masih menggunakan Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista dan Windows 8 tu.

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.235037 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top