Seorang pelajar di sekolah tahfiz di Shah Alam, Selangor cedera pada lengan dan tulang rusuk selepas dipukul teruk warden asrama sekolah berkenaan.
Pelajar tingkatan satu itu mendakwa dipukul menggunakan rotan selain turut ditumbuk pada tulang rusuk sehingga bengkak. Menurut laporan Harian Metro, mangsa dipanggil warden yang juga ustaz di pusat tahfiz itu sebelum ditanya tentang pelbagai soalan peribadi. Mangsa kemudiannya menghubungi bapanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan selain membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam. Menurut bapa yang enggan namanya dikenali, anaknya baru seminggu berpindah ke sekolah itu.
“Berikutan kejadian, anak saya kini trauma untuk ke sekolah dan masih lemah. Dia masih berasa sakit pada badannya. “Sebelum ini, dia (anak) pernah dirotan namun kejadian tempoh hari amat melampau dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya. Ustaz tersebut sudah meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan mangsa namun sebagai bapa dia tidak dapat menerima anaknya diperlakukan sebegitu rupa. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan. -CARI
|
9
Bagus |
11
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MamaMima711 replied at 17-5-2017 08:15 AM
Selalu perangai lahanat mcm ni bukan real ustaz..cth..sohai
Ustaz yg betul2 ada background ag ...
lostnfaun replied at 17-5-2017 08:22 AM
Orang kita jgk yg suka2 panggil ustaz.. baru pandai ngaji skit, jadi imam dah nak panggil ustaz...
ADVERTISEMENT