CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Andam Songlap Duit, Muncul Balik Minta Maaf Pada Ibu Pengantin

17-5-2017 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6719| Komen: 38

Seorang wanita yang dikenali sebagai Sarifah Malek,53 dari Seremban berdepan dengan pengalaman pahit selepas pak andam yang diupahnya melarikan diri beberapa jam sebelum majlis majlis akad nikah anaknya berlangsung.


Sebagai seorang ibu, impian untuk melihat majlis perkahwinan anak bongsunya berjalan dengan meriah hancur berkecai selepas 'lelaki lembut' berkenaan lesap tanpa sebarang berita.

Pakej perkahwinan bernilai RM5,000 yang ditawarkan meliputi tiga pasang persalinan dengan solekan, pelamin serta hiasan meja pengantin pula hanyalah indah khabar dari rupa.

Pelamin tak siap, Foto: Sinar Harian
Baju pengantin terlebih besar, Foto: Sinar Harian

Walau bagaimanapun menurut laporan Sinar Harian, segalanya sudah selesai apabila pak andam berkenaan muncul kembali untuk menyerahkan semula wang deposit sebanyak RM 3600 kepada Sarifah yang diambil sebelum ini.

Mereka juga sudah saling bermaaf-maafan dan sedia untuk melupakan persengketaan itu memandangkan sudah lama kenal antara satu sama lain.

Pak Andam Sdan Sarifah, Foto: Sinar Harian
“Tiada lagi perasaan geram dan marah yang disimpan dalam hati kerana semuanya sudah dileraikan dengan baik. Lagipun saya pun tak berhasrat untuk memanjangkannya lagi.

“Mungkin bagi sesetengah orang jumlah RM3,500 itu sedikit, tapi tidak bagi saya yang hanya berniaga secara kecil-kecilan,” kata Sarifah. -CARI
7

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 17-5-2017 11:09 AM
tak paham.. kata lari, pastu indah khabar dari rupa pula..
Quote Kentang.Goreng 17-5-2017 11:20 AM
Edited by Kentang.Goreng at 17-5-2017 11:22 AM

Sambungan dari kisah di bebenang ini:

Majlis perkahwinan kelam-kabut, PAK ANDAM 'lelaki lembut' HILANGKAN diri beberapa jam SEBELUM akad nikah, CALL tak angkat
https://mforum.cari.com.my/forum ... ghlight=pak%2Bandam


Baju akad nikah disiapkan pak andam lebih besar daripada saiz sebenar

Pak andam lesap sebelum majlis
10 Mei 2017

SEREMBAN - Impian seorang ibu untuk melihat majlis perkahwinan anak bongsunya berjalan dengan meriah akhirnya berkecai, akibat perbuatan pak andam yang diupahnya.

Majlis perkahwinan Sabtu lalu menjadi kelam-kabut apabila 'lelaki lembut'  berkenaan menghilangkan diri beberapa jam sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Malah, pakej perkahwinan berharga RM5,000 ditawarkan pak andam terbabit meliputi tiga pasang persalinan dengan solekan, pelamin serta hiasan meja pengantin hanya indah khabar dari rupa.

Kehilangan pak andam itu menyebabkan Sarifah Malek, 53, terpaksa memanggil seorang mak andam lain pada saat-saat akhir menyebabkan persiapan majlis pengantin berusia 22 tahun itu bertukar menjadi kucar-kacir.


Sarifah menunjukkan gambar pelamin ketika ditemui media, semalam

Saya hubungi dia (pak andam) banyak kali tak berjawab. Memang masa itu kami tertekan sangat.  Sudahnya, pukul 11 pagi saya ambil keputusan panggil mak andam lain dengan bayaran RM2,500 pula," katanya.

Menurutnya, pelamin yang dipasang pak andam berkenaan pada awal pagi, beberapa jam sebelum majlis akad nikah juga tidak siap.

“Sudahlah pelamin yang dia sempat pasang sebelum itu sangat teruk. Cuma ada empat hiasan bunga tanpa kerusi.



Pelamin yang dipasang tidak siap pada hari majlis perkahwinan berlangsung

"Alasannya, kain tak cukup sebab halaman rumah saya besar. Sedangkan sebelum itu, dia yang datang ukur. Itu pun dia datang pasang jam 2.30 pagi selepas setelah 10 kali kami hubungi dia,” katanya kecewa.

Menurut Sarifah, dia mengenali pak andam itu daripada anak sulungnya, Mira, 34, yang sebelum ini pernah bekerja bersama di sebuah pasar raya.

Selain itu, katanya, dia mengetahui lelaki itu mengusahakan pakej perkahwinan menerusi Facebook dan Instagram  yang turut dilengkapi dengan foto hasil solekan dan andaman yang menarik.

“Anak saya tertarik dengan pakej perkahwinan dia tawarkan, lebih-lebih lagi lelaki itu mendakwa dia kini bekerja sebagai juru mekap artis. Kononnya khidmatnya pernah digunakan untuk penggambaran sebuah drama di TV3.

“Lagipun kita dah kenal dia, taklah terfikir yang dia menipu. Selepas berbincang, saya setuju bayar deposit sebanyak RM2,500 pada 25 Mac lalu. Kemudian saya bayar lagi  RM1,000 selepas dia minta atas alasan untuk beli labuci,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, kata Sarifah, dia mula tidak berpuas hati apabila baju pengantin yang diminta tidak seperti dijanjikan, selain saiznya besar.


Baju bersanding yang dapat disiapkan.(Kanan: Baju songket yang ditempah tidak muncul sehingga majlis berlangsung.)

"Bila saya komplin, dia kata pereka fesyen terkenal yang bantu jahitkan baju itu dan janji akan buat lain seperti mana yang saya nak.

“Dia janji bila nak datang solek pada hari majlis nanti, dia nak bawa semua baju. Tapi terus hilang dan kami tak dapat hubungi dia lagi
," katanya.

Berikutan kejadian itu, Sarifah berkata, dia membuat laporan polis.

Malah, katanya, anaknya turut memuatkan kejadian itu dalam laman Facebook sehingga menjadi tular supaya orang lain tidak menjadi mangsa sama.


Contoh reka bentuk pelamin yang dijanjikan pak andam berkenaan

Bagaimanapun, katanya, dia amat berharap lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan, malah dia sedia menyelesaikan masalah itu secara baik dengan memulangkan semula wang deposit yang sudah dibayar.

“Ini menjadi pengalaman paling pahit saya. Dua anak saya berkahwin sebelum ini tidak pula jadi masalah macam ini. Niat asal saya hanyalah mahu membantu kerana dia kawan anak saya, tapi lain pula jadinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan menerima laporan polis dibuat mangsa.

Quote wadiunong 17-5-2017 11:21 AM
harrypoter replied at 17-5-2017 11:09 AM
tak paham..  kata lari, pastu indah khabar dari rupa pula..

Pak Andam tu bukat keja half way. Lepas tu lari. Sbb tu pelamin tu tak complete. Agaknya masa nego bg bulan bintang. Sekali janji tak dicapati
Quote nisako 17-5-2017 11:39 AM
siannnnnnn nasib dpt balik duit koo
Quote vanillaninja 17-5-2017 11:44 AM
Nasib baik tak lebur duit deposit tu. Dah kenal lama pun berani jugak buat hal.
Quote jfq 17-5-2017 11:45 AM
Some time it is not about the money.
Benda x siap dihari majlis buat kelam kabut stress bagai running around cannot be replaced with money
Quote Ayda89 17-5-2017 11:45 AM
Mimpi ngeri bagi seorang pengantin
Quote romeor 17-5-2017 11:49 AM
Alhamdulillah dah setel...
Quote ffbeauties 17-5-2017 11:51 AM
Baiknya hati makcik memaafkan
Quote chinta89 17-5-2017 11:53 AM
spt komen iols terdahulu thread sblm ni, kenal lama danniat nk tlg sesama kenalan, x blh dipakai d zmn ni. sb ape2 jd kite yg tanggung oke.
Quote theSTRANGER 17-5-2017 12:04 PM
nasib x kena saman..

pelamin sgt out.. nightmare utk pengantin..

Quote fifie_olin 17-5-2017 12:19 PM
ffbeauties replied at 17-5-2017 11:51 AM
Baiknya hati makcik memaafkan

sbb  duit dah return nok...klo x dh ke dlm jntn lembut tuh

Quote MarryPottet 17-5-2017 12:19 PM
senang je kan dgn dia mintak maaf & pulang balik duit kira setel kes
walhal dia dah buat org kelam kabut pada majlis penting mereka dgn tak deliver apa yg dijanjikan pastu terus lesap bersekali dgn duit
sian pihak pengantin nak kena cari pakej andaman lain in the last minute dan nak kena forked out more cash
kpd bakal pengantin, silalah cam bebetul nama & rupa pak andam ini dan boikot jgn ambik pakej dia sebab tak mustahil dia akan ulangi benda yg sama sebab dia ambik mudah tggjwb dia & ingat semua kekeruhan yg timbul akan selesai dgn mintak maaf
Quote Madel 17-5-2017 12:19 PM
Dari kena tipu gini..baik le gi menikah terus je kat pejabat kadi..kat sana pun depa ada sediakan pelamin..kan dah jimat kat situ
Quote krustykrab 17-5-2017 12:22 PM
Madel replied at 17-5-2017 12:19 PM
Dari kena tipu gini..baik le gi menikah terus je kat pejabat kadi..kat sana pun depa ada sediakan pe ...

eh mana ada pelamin kat pej kadi.....ari tu aku gi nikah anak sepupu, just buat kat dlm bilik meeting je

tapi ok la kan bilik meeting pun asal jimat duit...

Quote miemiecha 17-5-2017 12:23 PM
HURM, kesian,.. walhal hari yg d impikan perfek buat semua bakalpengantin
Quote ffbeauties 17-5-2017 12:25 PM
fifie_olin replied at 17-5-2017 12:19 PM
sbb  duit dah return nok...klo x dh ke dlm jntn lembut tuh

Kalau aku takde nye nak maaf. Majlis dah rosak xleh ulang balik walau bagi duit semula.

Tapi itulah sebab hati aku ni xsebaik makcik tu.
Quote BebeQ 17-5-2017 12:27 PM
kalau aku, aku tak minta balik rm3500 tu. mungkin akan up paling koman rm1000 sebab aku punya penat dia tak kira.
Quote Madel 17-5-2017 12:30 PM
krustykrab replied at 17-5-2017 12:22 PM
eh mana ada pelamin kat pej kadi.....ari tu aku gi nikah anak sepupu, just buat kat dlm bilik meet ...

Tenguk tempat kot...kat tempat aku pejabat kadi siap ada pelamin..tapi pelamin simple je la..
Mcm pelamin retis Adam Af dgn Fiza Elite kawin dulu.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.102891 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top