CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM Rampas Wang Tunai RM800,000 Di Rumah Koperal Polis

19-5-2017 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5037| Komen: 22

Sejumlah wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 telah dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah seorang anggota polis.

Memetik laporan Bernama, suspek lelaki berusia 52 tahun itu berperanan mengutip serta mengumpulkan wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Operasi, SPRM, Datuk Azam Baki yang mengesahkan perkara itu memberitahu wang tunai berkenaan ditemukan di dalam stor di rumah anggota polis berpangkat koperal berkenaan di Kuarters Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ketika serbuan dilakukan pada jam 2.15 petang, Rabu lalu.

Suspek bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi Dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ditahan SPRM jam 2.15 petang semalam.
 
Terdahulu, di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini anggota polis itu menjadi individu ke-10 direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

 
Perintah reman tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Mei ini dikeluarkan majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarkan permohonan SPRM.
 
Suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (b) dan 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.- CARI

sumber: Astro Awani

17

Bagus
21

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 17-5-2017 01:52 AM
Mulayu bukan mata duitan... katanya lah...
Quote ronapink 17-5-2017 06:24 PM
mak pak dah xmenjadi,

mcm mana anak2 nak menjadi
Quote pyropura 17-5-2017 08:24 PM
ronapink replied at 17-5-2017 06:24 PM
mak pak dah xmenjadi,

mcm mana anak2 nak menjadi

Tu namanya menjadi jadi  
Quote ronapink 17-5-2017 08:55 PM

menjadi jadi tu yang semakin teruk

dulu ratus2 jer sekarang ratus ribu, juta2
Quote marla69 17-5-2017 08:56 PM
Bila nafsu atas akal. So sad
Quote Maideen. 17-5-2017 09:13 PM
Tak menghayati Isle lah tue.......


Wallahualam.



P/S Harap bila lepas nanti depa pi buat umrah!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......
Quote EJALTI 17-5-2017 09:19 PM
Jangan sentuh dan makan vavi, makan duit rasuah tak per...
Quote MarryPottet 17-5-2017 09:30 PM
dapat protection money tu bagi anak bini guna
pastu anak bini yg makan duit haram jadi haram jadah & menyusahkan serta jadi beban kpd orang lain
Quote spenderterselit 17-5-2017 09:34 PM
Mmg edisi tak mnjadi..bwk blik umh bg ank bini mkn hasil duit haram.pastu legasi nersambung esok ank plk tak mnjadi
Quote sayawifenikmie 17-5-2017 09:39 PM
allahhhhh ... bukan berita baru ......
Quote pyropura 18-5-2017 01:49 AM
Maideen. replied at 17-5-2017 09:13 PM
Tak menghayati Isle lah tue.......



Dia menghayati isle, tapi masih keliru ...  
Quote Maideen. 18-5-2017 08:13 AM
pyropura replied at 18-5-2017 01:49 AM
Dia menghayati isle, tapi masih keliru ...

Mereka harus banyak pergi ke majlis majlis ilmu dengar lobai bercakap!
Quote underground 18-5-2017 11:18 AM
bukan nak rasis.

penguatkuasa yg korup ni memng majoriti meleis.

tapi yg bagi suapan rasuah utk tutup cover kegiatan jahat kongsi gelap judi arak pelacuran ni korang paham2 sendiri la kan..

lepas ni susah la bangsa ni nak cover. harap2 bisnes2 jahat ni akan terkubur, maka susah la nak cari makan mahu kaya raya.. lepas tu mereka2 ni akan join bergosip di forum ni..

Quote haruslah 18-5-2017 04:20 PM
kalau kes gini yg bagi rasuah kena skali x?

dgr kata 800k jumpa kat rumah polis

giler bykkk
Quote pyropura 18-5-2017 04:30 PM
underground replied at 18-5-2017 11:18 AM
bukan nak rasis.

penguatkuasa yg korup ni memng majoriti meleis.


Cakap aje salah cina, senang citer    
Quote sayawifenikmie 19-5-2017 01:29 PM

... hmmm .... eventually ...... padan muka.

Quote syaz_lina 19-5-2017 01:34 PM
Satu keluarga tersampuk syaitoon
Quote cheergirlz 19-5-2017 01:56 PM
duit haram wajib bagi dia....
Quote sabbath_shalom 19-5-2017 07:41 PM
Dia Belajar Islam tapi susah nak praktiskan sebab Islam asal dari padang pasir katanye

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071824 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top