CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kubur Pelajar Tahfiz Yang Didera Digali Semula Untuk Dapatkan Sampel

19-5-2017 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6925| Komen: 48|Original author: FOTHER-MUCKER

Kubur pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia 24 hari lalu digali semula tengah hari semalam, bagi mendapatkan sampel kaki Allahyarham untuk tujuan siasatan lanjut.


Memetik laporan Berita Harian, proses menggali semula kubur kanak-kanak itu disahkan oleh ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, kira-kira jam 3 petang semalam di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping, Kota Tinggi.

“Memang benar kubur Thaqif digali semula petang tadi dengan disaksikan beberapa ahli keluarga bagi membolehkan sampel kaki Allahyarham diambil untuk tujuan siasatan lanjut."

"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya. 

Turut mengesahkan perkara sama, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, yang memaklumkan bahawa proses itu mendapat kebenaran mahkamah mengikut Seksyen 335, Kanun Acara Jenayah.


Mohamad Thaqif meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, sebelum pihak hospital menjalankan pembedahan memotong tangan kanannya yang dipercayai djangkiti kuman.

Kes Allahyarham mendapat perhatian umum apbila dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman.- CARI

sumber: Berita Harian

14

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
19

Sedih
22

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trakea 19-5-2017 06:32 AM
Kesian bapak dia.  Nama Ghaddafi
Quote FOTHER-MUCKER 19-5-2017 06:35 AM
trakea replied at 18-5-2017 10:32 PM
Kesian bapak dia.  Nama Ghaddafi

KenaPa kesihan sebab nama ghaddafi? lol
Quote Acik_Whitney 19-5-2017 06:41 AM
Mana buktinya?
Quote ultra78 19-5-2017 06:44 AM
Pada pendapat aku bapa saudara budak tu tak perlu pun jaja cerita ni kepada umum.
Quote trakea 19-5-2017 06:46 AM
FOTHER-MUCKER replied at 19-5-2017 06:35 AM
KenaPa kesihan sebab nama ghaddafi? lol

Dinamakan sempena seekor loser dictator yang dibuli amerika, kemudian diburu pemberontak macam tikus hingga ke lubang cacing sebelum dibunuh macam hanjing kurap
Quote trakea 19-5-2017 06:48 AM
Kalo dinamakan Muammar takde la memalukan sangat
Quote Esmiria 19-5-2017 07:06 AM
untungla elok.lgi..mesti Budk Tu KT surgaaaaaaaa.
Quote PEPPERMAN 19-5-2017 07:07 AM
Adakah ni boleh dijadi salah satu bukti bekas banduan tersebut bersalah?
Quote greantea 19-5-2017 07:25 AM
moga keluarga arwah x riak dgn kejadian ini
Quote TuntungReturn 19-5-2017 07:41 AM
kes ni kkm x keluar laporan lgik. smpai kena panggil pakar2 untuk buat kesimpulan terbaik..
Quote haryatie 19-5-2017 07:50 AM
Allahu Akbar ...
semoga kebenaran dpt dibuktikan..
Quote trakea 19-5-2017 08:04 AM
@FOTHER-MUCKER
Ghadafi masa dok lawan pemberontak dulu gigih panggil mereka tikus. Ujung ujung dia yang ditangkap menyorok dalam lobang macam tikus
Quote nisako 19-5-2017 08:53 AM
bukti.....................mana
Quote kucen_miang 19-5-2017 08:56 AM
trakea replied at 19-5-2017 06:48 AM
Kalo dinamakan Muammar takde la memalukan sangat

kebangangan manusia ni memang takda had kan.
Quote umisha 19-5-2017 08:59 AM
Untunglah beliau. Aku juga mohon mati dalam khusnul khotimah. Takut sgt dgn amaran2 Allah pd mereka yg menzalimi diri sendiri. Kehidupan di alam barzakh dan alam akhirat.
Semoga kita jadi hamba Allah yg soleh....
Quote Changa 19-5-2017 09:03 AM
So? Nak kena sembah adik ini.pula ke apa
Quote Jorja 19-5-2017 09:03 AM
Tak kisahlah betul atau tidak.. yg penting kisah ni mgingatkan pasal MATI.. kita macam mana nanti?
Quote trakea 19-5-2017 09:13 AM
kucen_miang replied at 19-5-2017 08:56 AM
kebangangan manusia ni memang takda had kan.

Betul betul betul
Quote mokcikKSKB 19-5-2017 09:16 AM
Overnyaaa...biarlah kalau kau nmok elok ke x?sibuk nk tumoang meriak utk adik tu

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.070428 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top