Seorang lelaki dilaporkan melarikan kereta polis malam semalam dan kini pihak polis Selangor sedang giat memburu suspek. Suspek yang ditahan di Kota Bharu, Kelantan dikatakan mengadu sakit perut dan muntah dalam kereta.
"Kereta polis itu kemudian berhenti di Taipan, USJ10 untuk singgah di farmasi untuk membeli ubat dan makanan suspek, pada kira-kira 9 malam. "Anggota kemudian pergi ke farmasi manakala seorang lagi anggota ambil tisu dan kain untuk lap muntah di but kereta. “Ketika itulah suspek yang tangannya bergari pergi ke tempat pemandu sebelum membawa lari kenderaan polis itu," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat kepada Harian Metro. Menurut Abdul Samah lagi, suspek berusia 32 tahun itu sebelum ini ditangkap pihak polis atas kesalahan pecah amanah.
Katanya, kereta polis jenis Proton Preve dijumpai semula di Persiaran Kewajipan, USJ5, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi bilik gerakan IPD Subang Jaya di 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran. - CARI |
harkktuih replied at 20-5-2017 10:42 PM
Mmg ada dlm sop ke kena benti beli mkn segala?
marla69 replied at 20-5-2017 10:55 PM
Kalau tak berenti, kalau mati how. Kena hal juga kot..serba salah kan
harkktuih replied at 20-5-2017 11:03 PM
Safety wise, dia pun x boleh simply bg ubat yg beli di farmasi. Sepatutnya bwk ke pusat kesihatan ...
ronapink replied at 20-5-2017 11:16 PM
xsangka benda nak jadi, gitu la kekdahnya
harkktuih replied at 20-5-2017 11:21 PM
Tu lah kena tgk balik sop..rasa kes penjenayah bwk lari kete polis penah jd sblm ni..
ADVERTISEMENT