"Tugas memburu mata dalam kejohanan berpasukan Piala Sudirman yang bermula di Gold Coast, Australia esok tidak terletak di bahunya semata-mata."
Demikian yang ditegaskan oleh jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang merupakan pemain paling senior dalam pasukan negara. Menurut beliau, untuk mencapai misi sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir seperti yang disasarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semangat berpasukan dalam kem badminton negara wajar dipertingkatkan lagi. Selain itu, semua pemain perlu memainkan peranan masing-masing jika mahu melihat sasaran itu dicapai, bermula dengan mengalahkan Jerman dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan Selasa ini, diikuti Jepun. Dalam kejohanan dwi tahunan itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan 1C bersama Jerman serta Jepun dan Malaysia hanya akan memulakan aksi Selasa ini di Gold Coast sports and Leisure Centre. Aksi pembukaan menyaksikan Malaysia bakal berdepan cabaran Jerman sebelum beraksi menentang Jepun bagi mencari slot ke suku akhir.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan berpasukan campuran itu adalah layak ke perlawanan separuh akhir di Guangzhou, China pada tahun 2009 yang lalu.- CARI |
9
Bagus |
15
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT