Masih panas lagi rupanya isu dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau sebelum ini umum sibuk membincangkan isu David Teo ditampar Mat Over, semalam pelawak negara Harith Iskander pula 'diserang' netizen.
Semalam, Harith menerima mesej daripada seorang pengguna Facebook (FB) di peti masuk (inbox miliknya. Menerusi mesej itu, dapat dilihat individu berkenaan membuat tanggapan sendiri terhadap cadangan yang diusulkan Harith ketika sesi dialog tersebut.
"Kalau Malaysia nak bertanding di taraf dunia, kita harus jangan takut dengan bahasa-bahasa yang digunakan di luar sana seperti Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Mandarin," tulis Harith seperti yang disampaikannya kepada PM ketika sesi dialog berkenaan. Namun, mungkin individu berkenaan 'tersalah tafsir' apa yang disampaikan Harith, lalu membuat andaian sendiri. "Soalan aku, apa yang Barisan Nasional (BN) tolak daripada kemajuan dua bahasa ini, sedangkan kerajaan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Cina? "Tidak cukup ke kebebasan berbahasa Cina di Malaysia?" tanya beliau. Dalam masa sama, individu tersebut turut membandingkan Malaysia dengan negara maju lain seperti Jepun dan Jerman yang tidak perlu menguasai bahasa asing tetapi masih boleh berjaya. "Bukan merendahkan bahasa luar, tapi lebih baik suruh orang C**a tu berbahasa Melayu dengan baik," katanya. Bagaimanapun, artis paling kelakar di dunia itu menafikan ada menyentuh isu pengajaran bahasa berkenaan, malah dia tidak ada mempersoalkan isu 'kebebasan berbahasa Cina di Malaysia'. "Tak pa. Artis paling kelakar di dunia faham ada yang takut dengan pendapatnya. Dengan itu, mereka cuba memutarbelit kata-katanya untuk memenuhi agenda mereka sendiri," katanya. Sementara itu, Harith menyeru kepada sesiapa yang mash tidak faham dengan maksud cadangannya, bolehlah bertanya sendiri denganya menerusi akaun FBnya selain menegah orang ramai daripada membuat anggapan sendiri. Perkongsian itu mencetus pelbagai reaksi daripada netizen. Seperti biasa, ada yang setuju untuk menguasai bahasa asing dan tak kurang juga ingin menegakkan bahasa ibunda. "Kadang-kadang ada betul juga. Penguasaan bahasa itu perlu terutama BI. Dari pengalaman sendiri, ramai warga Malaysia ingin bekerja di luar negara tetapi tak dapat berkomunikasi dengan baik. "Kpop pun rata-rata kurang penguasaan BI, filem Hong Kong paksa mat saleh berbahasa kantonis. "Betul dah teguran kat PM hang tu bro Harith Iskandar," antara komen netizen. Sampai bila isu penggunaan bahasa ini akan terus berlarutan? Apa pula kata anda? - CARI
|
30
Bagus |
26
Marah |
53
Terkejut |
42
Sedih |
29
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Zaien replied at 23-5-2017 03:42 AM
X salah pun taw bhsa slain bhsa melayu n english.
Aku taw bhsa cina pun sbb mak ayh aku msukkan ak ...
irwansuhadi replied at 23-5-2017 04:00 AM
Persoalan yang kejam, pahit tapi kena telan juga.
Bahasa Melayu ni bahasa akademik ke sehinggakan ...
gigahertz replied at 23-5-2017 12:29 PM
aku nak tanya skit. how come chinese boleh tahu mandarin tapi unable read and write chinese?
on ...
hyie replied at 23-5-2017 05:10 AM
aku nak tanya skit. how come chinese boleh tahu mandarin tapi unable read and write chinese?biasan ...
gigahertz replied at 23-5-2017 01:47 PM
yang aku tau ayat semua , agak agak ada juga dalam hokkien.
sis tahu bahasa cina lagu cina sis l ...
gigahertz replied at 23-5-2017 12:32 PM
Malaysia ni yang betul betul murah dan berbaloi mmengubtubgkan adalah bila bab harta tanah dan pro ...
irwansuhadi replied at 23-5-2017 03:01 PM
benar.
tapi itu pun dah digadaikan kat PRC.
qistiena replied at 23-5-2017 12:55 PM
Gunalah Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan Kita...
trakea replied at 23-5-2017 06:02 PM
Lu tanah pun tarak ,maksud gadai pun tak tau, ada hati nak bersyarah kat sini. Dey poorah
ADVERTISEMENT