Tabiat minum kopi di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Sejak itu, pelbagai jenis kopi diperkenalkan termasuk espresso, macchiato, mocha, latte, cappuccino dan sebagainya.
Dan hari ini, kita telah saksikan bagaimana evolusi makanan berkembang mengikut peredaran zaman. Terbaru, aiskrim Goth (Goth Ice Cream) yang sehitam arang tular di Internet dan laman sosial. Dan, kopi juga tidak terkecuali dari mengalami evolusi ini. Pernah tak anda bayangkan latte yang tampil dengan warna berbeza? Pernahkah anda terasa mahu minuman berkafein yang kelihatan seolah-olah menggambarkan perasaan 'negatif' anda ketika itu?
Jika ya, anda bertuah kerana kini terdapat Goth Latte yang memiliki warna hitam gelap. Seperti aiskrim berperisa arang sebelum ini, Goth Latte juga dibuat dari campuran arang. Seperti aiskrim Goth, arang aktif dalam latte ini bukan sahaja memberi ilusi warna yang sangat gelap, bahkan dalam masa sama ia membantu menyingkirkan toksin dari tubuh. Sayangnya, Goth Latte yang semakin mendapat permintaan ini hanya disediakan di kafe di seluruh UK, Australia, dan Jepun sahaja. Teringat pula pada cerita Nujum Pak Belalang di mana kopinya dicampur arang dari buntut kuali. Mungkin mereka dapat idea dari cerita itu kot. Siapa tahu kan. Mana tahu selepas ini akan ada teh arang atau susu arang pula. - CARI
|
9
Bagus |
17
Marah |
16
Terkejut |
8
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Star_el replied at 23-5-2017 05:21 PM
Tabiat minum kopi di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan British lagi.
Betul ke?
amon_79 replied at 24-5-2017 09:35 AM
ye ke... mcm xbetul jer... sbb british bukan ker prefer tea... tradisi Hi tea minum teh dgn pastr ...
ADVERTISEMENT